Xen Server boleh dikatakan satu aplikasi yang membolehkan kita menghasilkan pelayan yang mampu menjadi sebagai pengendali virtualisasi. Pada bahasa mudah, pelayan virtualisasi membolehkan beberapa mesin virtual dapat dilarikan pada satu perkakasan pelayan fizikal. Dengan teknologi ini, banyak sistem operasi terkini dapat digunakan sebagai mesin virtual, tak kira jika ia berasaskan Windows atau sumber terbuka seperti pelbagai variasi Linux.

Sepertimana ramai tahu, banyak kelebihan menggunakan teknologi virtualisasi seperti mudah membuat sandaran, pengurusan sistem yang lebih teratur, kawalan keselamatan, kurangnya penggunaan perkakasan seterus mengurangkan ruang yang perlu dan penjimatan elektrik dan sistem penyejuk untuk pelayan.

XenServer juga dipanggil sebagai sistem virtualisasi yang mempunyai kebolehan “bare metal” yang mana terus membuat komunikasi dan kawalan secara terus dengan perkasasan dan mesin virtual. Ini mampun meningkatkan prestasi mesin virtual didalam pelayan XenServer. XenServer juga menjadi pilihan utama industri masa kini yang mana digunakan oleh banyak sistem awan.

Platform asas XenServer ialah dari hipervisor Xen Project. Buat masa ini, versi terkini yang bole dimuat turun ialah XenServer 6.2. Jika anda ingin mempunyai GUI untuk membantu pengurusan pelayan virtualisasi ini, XenServer mencadangkan untuk menggunakan Xen Orchestra dan anda boleh memilih Xo Community yang mana juga merupakan projek sumber terbuka yang mempunyai sokongan komuniti. Tetapi banyak juga projek lain yang mampu menyokong pengurusan XenServer secara GUI dan web.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai XenServer dengan melayari laman rasmi mereka di http://xenserver.org/.