Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

linux

Tingkatkan keselamatan akses SSH

| 14 Comments

yang juga merupakan singkatan kepada Secure Shell ialah satu protokol rangkaian bagi membolehkan pengguna mengakses sistem operasi linux secara terpencil. Enkripsi yang terbina dalah SSH sememangnya  menyediakan sambungan rahsia dan berintergriti.

Walaupun SSH boleh dikatakan satu cara yang cukup selamat untuk membuat sambungan kepada sistem operasi Linux anda, ada perubahan kecil yang boleh dilakukan bagi meningkatkan keselamatan SSH. Pertama, anda sememangnya tak mahu akses diberikan secara terus kepada root. Mereka sepatutnya log masuk menggunakan kata nama pengguna, kemudian bertukar kepada root dengan arahan “su”. Kita boleh menukar ia dengan mudah, hanya perlu letakkan baris dibawah pada fail /etc/ssh/ssh_config

PermitRootLogin no

Sekarang cara untuk mendapatkatn akses root melalui arahan “su”, jadi lapisan akses menjadi dua dan perlu 2 kata laluan berbeza untuk log masuk sebagai root. Kemudian semasa mengedit fail tadi, cari baris ayat dibawah

Protocol 2, 1

Tukar kepada

Protocol 2

Ini akan membuang pilihan untuk masuk kembali pada protokol SSH yang asal, dimana ia boleh dianggap sangat mudah ditembusi.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

14 Comments

  1. avatar

    aku xphm ape bnda ni. sedihnya T_T

    xpe aku sharing kt fb je r. hahaha.tq
    acapz recently posted..Sebanyak 171 Juta Profil Facebook Di Muat Turun

  2. avatar

    aku pernah dengar benda ni…tapi still tak berapa paham la… adeh..
    Mr.Z recently posted..Menabjubkan! Kucing Terbesar Di Dunia!

  3. avatar

    kenapa aku rasa macam pernah baca perkataan SSH ni ek…, lupa la pulak, dalam sistem apa ntah …ish susah betul bila nah recall ni huhuhu
    etomyam recently posted..Youtube Terbaik Bila Perempuan Main Bola

  4. avatar

    wah bagus nie…
    zik recently posted..Imam muda minggu ke 9

  5. avatar

    Selalu juga guna ssh ni terutama dalam proses membina ircd ,bot eggdrop (mirc nyer cite)
    tapi memang betul kena tingkatkan keselamatan ssh ni,sebab kita tak tahu bila akaun ssh akan diceroboh oleh anasir-anasir luar
    wazy recently posted..30 Wallpaper HD Windows 7 Dan Vista

  6. avatar

    terima kasih bro, PermitRootLogin no tu add je kat mana2 kan?

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker