Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

linux

Menggunakan pemampat fail TAR dan asas penyulitan.

| 2 Comments

Langkah 1
Disini kita akan menggunakan direktori contoh /peribadi dan ingin membina satu fail . dari keseluruhan direktori tersebut. Buka terminal dan taipkan arahan berikut

$ tar -cvf peribadi.tar peribadi

Arahan tadi akan menghasilkan satu fail “peribadi.tar”.

Langkah 2
Kita akan menggunakan arahan tar untuk membina fail termampat “.tar.gz” dari /peribadi tadi dengan arahan dibawah

$ tar -czf peribadi.tar.gz peribadi

Langkah 3
Untuk melihat senarai fail yang telah dimasukkan ke dalam arkib pemampat bagi memastikan semua fail telah berjaya dimampatkan.

$ tar -tzf peribadi.tar.gz

$ tar -tf peribadi.tar

Langkah 4
Untuk mengambil fail tertentu dalam “.tar.gz” yang telah dibina, gunakan arahan berikut (folder liriklagu adalah contoh sahaja)

$ tar -tzf peribadi.tar.gz > liriklagu

Kemudian, edit liriklagu untuk menyenaraikan fail yang diingini sahaja.

$ tar -T liriklagu -xzf peribadi.tar.gz

Arahan diatas hanya akan mendapatkan fail yang terdapat dalam folder liriklagu sahaja dan jika kita mahu semua fail

$ tar -xzf peribadi.tar.gz

Langkah 5 (Penyulitan a.k.a encryption)
Arahan dibawah akan menghasilkan fail peribadi.des3 dan “katalaluan” perlu diingat untuk nyahsulit kelak.

$ tar -zcvf – peribadi|openssl des3 -salt -k katalaluan | dd of=stuff.des3

Untuk ekstrak semua fail yang telah disulitkan tadi, gunakan arahan berikut

$ dd if=stuff.des3 |openssl des3 -d -k katalaluan|tar zxf -

Anda telahpun membina fail yang boleh disulitkan serta dimampatkan agar lebih selamat dah mudah disalin kelak.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

2 Comments

  1. avatar

    wah…ni yg file extension .tar, .gz ni udah pastinya bukan utk windows ni, tak per, aku nak belajar jugak benda ni
    etomyam recently posted..Klasik- RAzmi Pak Hitam &amp Senyuman Yang Manis

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker