SSH yang juga merupakan singkatan kepada Secure Shell ialah satu protokol rangkaian bagi membolehkan pengguna mengakses sistem operasi linux secara terpencil. Enkripsi yang terbina dalah SSH sememangnya  menyediakan sambungan rahsia dan berintergriti.

Walaupun SSH boleh dikatakan satu cara yang cukup selamat untuk membuat sambungan kepada sistem operasi Linux anda, ada perubahan kecil yang boleh dilakukan bagi meningkatkan keselamatan SSH. Pertama, anda sememangnya tak mahu akses diberikan secara terus kepada root. Mereka sepatutnya log masuk menggunakan kata nama pengguna, kemudian bertukar kepada root dengan arahan “su”. Kita boleh menukar ia dengan mudah, hanya perlu letakkan baris dibawah pada fail /etc/ssh/ssh_config

PermitRootLogin no

Sekarang cara untuk mendapatkatn akses root melalui arahan “su”, jadi lapisan akses menjadi dua dan perlu 2 kata laluan berbeza untuk log masuk sebagai root. Kemudian semasa mengedit fail tadi, cari baris ayat dibawah

Protocol 2, 1

Tukar kepada

Protocol 2

Ini akan membuang pilihan untuk masuk kembali pada protokol SSH yang asal, dimana ia boleh dianggap sangat mudah ditembusi.