Pengguna CentOS yang memerlukana pakej tambahan untuk pemasangan dan konfigurasi sistem mereka, pasti akan memasang repositori RPMForge. Ada banyak pakej yang tersedia dalam RPMForge dan anda boleh melihat senarai pakej tersebut pada pautan ini: http://pkgs.repoforge.org/
Untuk memasang RPMForge dalam Centos 5.6, nada hanay perlu mengikuti arahan mudah dibawah ini:
1) Muat turun pakej RPMForge. Pastikan fail yang dimuatturun merupakan fail yang sesuai dengan sistem operasi anda, ia sama ada i386 atau x86. Untuk memastikan sistem operasi yang anda gunakan, taip uname -a untuk memaparkan pakej sepatutnya.
wget http://packages.sw.be/rpmforge-release/rpmforge-release-0.5.2-2.el5.rf.i386.rpm
wget http://packages.sw.be/rpmforge-release/rpmforge-release-0.5.2-2.el5.rf.x86_64.rpm
2) Pasang kekunic GPG untuk DAG
rpm –import http://apt.sw.be/RPM-GPG-KEY.dag.txt
3) Buat verifikasi untuk memastikan pakej yang dimuaturun tadi tidak rosak atau masalah.
rpm -K rpmforge-release-0.5.2-2.el5.rf.*.rpm
4) Selepas itu, pasang RPMForge pada Centos 5.6 anda
rpm -i rpmforge-release-0.5.2-2.el5.rf.*.rpm
Itu sahaja, anda boleh mengemaskini CentOS anda dengan aplikasi yang anda mahukan. Selamat mencuba!

