Sebelum ini, ada juga ditulis kaedah log masuk ke dalam Ubuntu secara automatik. Tetapi ia sedikit berbeza dengan cara yang akan ditunjukkkan dibawah ini. Sebenarnya ada pelbagai teknik dan ini merupakan salah satu teknik SSH secara automatik dan ia boleh digunakan kepada hampir semua persekitaran Linux yang menggunakan SSH.

Kenapa perlu automatik SSH tanpa perlu kata laluan? Salah satu tujuan ialah untuk membuat sandaran atau rsync secara automatik dengan cron. Kita hanya perlu penjadualan pada aplikasi cron dan rsync boleh dilarikan bersama SSH secara automatik. Tugasan ini dapat membantu dan memudahkan tugas admin sistem.

Ada beberapa langkah yang perlu untuk membuat konfigurasi ini

1) Log masuk ke dalam sistem lokal (server 1) sebagai pengguna sistem

#ssh penggunalokal@server1

2) Bina direktori .ssh dalam sistem tersebut pada direktori “home” pengguna

#mkdir ~/.ssh
#chmod 700 ~/.ssh

3) Jana kekunci ssh pada mesin lokal tersebut

#ssh-keygen -t dsa -C ‘<deskripsi mesin/server>’

4) Setkan kawalan pada kekunci SSH yg telah dijana tadi

#chmod 600 ~/.ssh/id_dsa.pub

5) buka kekunci ~/.ssh/id_dsa.pub dan salin kandungannya pada clipboard
6) Log masuk pada mesin terpencil (diandaikan sebagai server 2)

#ssh pengguna2@server2

7) Bina direktori .ssh dalam direktori “home” pengguna server 2

#mkdir ~/.ssh
#chmod 700 ~/.ssh

8) Tampal kandungan yang telah disalin tadi pada fail authorized_keys di server 2

#vim ~/.ssh/authorized_keys

9) Setkan kawalan fail tersebut

#chmod 600 ~/.ssh/authorized_keys

10) Log keluar dari server 2 dan kembali pada server lokal yg pertama tadi.

Cuba untuk akses secara terus menggunakan SSH ke server 2

#ssh pengguna2@server2

Jika semua konfigurasi betul, anda sepatutnya dapat log masuk pada server 2 tanpa kata laluan.