Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

gnome_logo

Reset konfigurasi dalam GNOME Linux

| 4 Comments

Kelebihan utama Linux ialah ia mempunyai konfigurasi yang cukup mudah serta senang disesuaikan dengan kehendak kita. Tetapi ia juga menjadi masalah jika anda tidak mengetahui apa yang telah dilakukan dan kadang kala walaupun kita tahu apa kita buat, masalah tetap akan timbul.

Disini ada satu cara mudah untuk reset kembali kepada konfigurasi asal. Dalam folder “Home” terletaknya semua konfigurasi serta fail khusus. Dengan membuang semua fail konfigurasi yang ada untuk akan menjadikan Linux anda memuat kemabali konfigurasi asal.

Buka satu tty terminal dengan menekan butang CTRL + ALT + F1, log masuk menggunakan akaun anda dan larikan arahan berikut.

rm -rf .gnome .gnome2 .gconf .gconfd .metacity

Kembali ke dalam Desktop GUI anda dengan menekan kekunci CTRL + ALT + F7.

Sekarang, semua konfigurasi Gnome anda kembali kepada asal (ketika awal pemasangan Linux). Ini hanya reset konfigurasi Gnome sahaja dan bukan masalah lain.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

4 Comments

  1. avatar

    info yang menarik ni buat pengguna linux
    etomyam recently posted..Hibah Misteri

  2. avatar

    bagus info ni. tq..=)

    *xsbr tggu windicator kuar.
    Abi Darwish recently posted..iPhone 4 vs Android

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker