Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

Ubuntu_logo

Pasang Adobe Flash 64bit pada Ubuntu 64bit

| 0 comments

Rasanya bertambah ramai yang menggunakan sistem operasi 64 bit tak kiralah pengguna Windows atau Linux. Ini sememangnya disebabkan pemproses terkini Intel atau AMD memang mempunyai rekabentuk 64 bit.

Sebelum ini perisian Flash hanya menawarkan versi 32 bit untuk Linux dan jika kita mahu memasang pada , pengguna terpaksa menggunakan perisian yang di”hack” agar boleh dilarikan pada sistem operasi Linux 64 bit. Terkini, telahpun melepaskan versi Flash 64 bit dan juga PPA untuk Ubuntu tersedia untuk pengguna.

Untuk memasang Adobe Flash 64 bit ini, apa yang pengguna perlu lakukan ialah menambah PPA  sahaja dan seterusnya memasang versi Flash 64 bit. Anda hanya perlu menaip arahan dibawah ini pada terminal:

sudo add-apt-repository ppa:sevenmachines/flash

sudo apt-get update

sudo apt-get install flashplugin64-installer

Cukup mudah bukan? Dan jika ada perisian versi sebelum ini, ia akan di buang secara automatik.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker