Kebiasaannya, arahan mount akan digunakan untuk menambah fail sistem baru terhadap sistem operasi Linux. Sebarang pilihan yang telah dibuat ketika meletakkan fail sistem baru ini juga tertakluk pada fail /etc/fstab. Sebagai contoh, satu direktori Linux yang telahpun berada pada sistem operasi tersebut

/dev/sda2 /opt     ext3    defaults        1 2

tetapi kita mahu meletakkan pilihan tambahan pada mountpoint tersebut seperti acl (access control list) bagi membuat kawalan terhadap direktori itu. Jadi, dengan membuat perubahan pada fail fstab, kita perlu remount atau lebih mudah reboot sahaja sistem operasi.

/dev/sda2 /opt     ext3    defaults,acl        1 2 (pilihan acl ditambah)

Arahan di bawah ini membolehkan kita memastikan pilihan tambahan tadi dapat dilaksanakan pada mount fail sistem /opt tanpa perlu reboot.

mount -o remount,acl /opt

Itu sahaja dan selesai.