Salam kepada semua.
Mungkin ramai lagi yang masih bercuti menyambut Aidilfitri dan diharap anda semua berada dalam keadaan yang sejahtera sentiasa. Blog ini kurang aktif pada bulan Ramadhan yang lalu dan juga sambutan Aidilfitri. Selepas ini Sumber Terbuka Dot Net akan cuba untuk mengemaskini blog dengan lebih aktif untuk tatapan pembaca semua.
Namun, selepas bercuti panjang dan tanpa sebarang kemas kini menjadikan blog ini sasaran spam yang tidak kunjung padam. Sebelum ini, Sumber Terbuka Dot Net telah menggunakan satu plugin yang dipanggil Block-Spam-By-Math namun telahpun ditembusi ketika cuti Aidilfitri. Jadi, Sumber Terbuka Dot Net telah meningkatkan kawalan spam ini dengan satu plugin lain yang menggunakan prinsip CAPTCHA yang dipanggil WP-reCAPTCHA .
Serangan SPAM WordPress
Cara memasang plugin ini cukup mudah. Anda boleh ikuti langkah yang tersedia dibawah untuk memasangnya:
1) Muat turun fail plugin tersebut dan estraknya. Muat naik seluruh direktori tadi ( wp-recaptcha ) kedalam direktori /wp-content/plugins/
2) Aktifkan Plugin tersebut menggunakan menu WordPress
3) Dapatkan kunci reCAPTCHA tersebut DISINI dan/atau kunci MailHide DISINI
4) Masukkan kekunci tadi pada konfigurasi menu wp-recaptcha dan simpan. Anda telahpun berjaya memasang plugin tersebut.
Semoga kurang SPAM yang menyerang blog ini dan juga blog anda semua. Mungkin anda juga mempunyai tips yang menarik untuk bagi mengelakkan SPAM? Kongsikanlah bersama kami di ruangan komen yang sediakan atu bincangkannya di laman Komuniti Sumber Terbuka Dot Net.
Selamat Mencuba!



September 14, 2010 at 12:18 pm
dulu dah install juga plug in ni
tapi spam tetap ada gak la bro,huhu
wazy recently posted..Melangkah Ke Alam Pernikahan
September 14, 2010 at 2:03 pm
@wazy, yeke? aku pasang SPAM tu terus ilang laks
September 14, 2010 at 4:28 pm
bagus, wp aku kadang2 ada gak bot datang
Wan recently posted..Anak Rintih
September 14, 2010 at 5:20 pm
@Wan, yup, itu yg buat tensen jer. kadang sampai beratus2 masuk. huhu
September 15, 2010 at 12:49 am
Dah guna Block-Spam-By-Math pun mmasih terlepas jugak? Alhamdulillah, sejak saya guna gabungan WP Spamfree dan Block-Spam-By-Math. Tiada lagi masalah SPAM hingga hari ni.
September 15, 2010 at 8:44 am
@imran, itu yg pelik tu, lastly terpaksa surrender gak dari guna Block-Spam-By-Math tu… huhu
September 15, 2010 at 10:37 am
memanglah berkesan guna plugin ini tetapi jrg digunakan kerana merumitkan org yg komen.
Faisal recently posted..Kes bunuh Sosilawati-RM 200 Juta Jadi Rebutan
September 15, 2010 at 1:51 pm
@Faisal, betul tu, susah oran gnak komen tapi terpaksa pakai sebab beratus SPAM sehari… huhu
September 15, 2010 at 11:11 am
tu la. spam bnyk sngt. tp aku hari2 buang delete trus. haha. dlm sehari je dah 20 spam cmtu. gila xgila. bot sng masuk. huhu
btw nice sharing pasal ni
acapz recently posted..Hantar SMS Percuma Dengan MostSMS
September 15, 2010 at 1:01 pm
@acapz, itu yg terpaksa pasang plugin cam gini… letih buang SPAM jer hari2
September 16, 2010 at 7:14 pm
spam makin menjadi-jadi selepas guna WP 3.0 ke atas. non-entry page pula yang jadi sasaran spammers.
RozaniGhani recently posted..Cara semak komen spam guna Google Video
September 17, 2010 at 9:35 am
@RozaniGhani, ya kot, lepas upgrade 3.0.1 ada jer SPAM menyerang.. huhu
September 16, 2010 at 9:09 pm
ntah le… susah bebenor nak atasi…. kalau nak senang disable jer komen… hehe… tak boleh komen langsung…
zik recently posted..Reunion SMKPB 5A- 2002 edisi Selatan 2010 part 1
September 17, 2010 at 9:37 am
@zik, kalo komen takde, ilang lak semangat nka berblogging
September 19, 2010 at 5:10 pm
aku tak guna apa2 plugin pun utk spammer ni.. hohoho.. setiap minggu aku akan clearkan comment spam jer… hoohohoho
Ayie recently posted..Masalah internet
September 20, 2010 at 8:15 am
@Ayie, dasat tu, kat blog ni amik masa banyak sangat kat SPAM jer, entri kurang laks. tu yg terpaksa pasang gak plugin.. huhu
September 28, 2010 at 10:56 pm
setakat ni guna akismet je, masih ok..
September 29, 2010 at 8:59 am
@sufian, baguslah, aku pakai akismet kadang komen yg tak SPAM pun masuk filter gak.