Langkah 1
Disini kita akan menggunakan direktori contoh /peribadi dan ingin membina satu fail .tar dari keseluruhan direktori tersebut. Buka terminal dan taipkan arahan berikut

$ tar -cvf peribadi.tar peribadi

Arahan tadi akan menghasilkan satu fail “peribadi.tar”.

Langkah 2
Kita akan menggunakan arahan tar untuk membina fail termampat “.tar.gz” dari /peribadi tadi dengan arahan dibawah

$ tar -czf peribadi.tar.gz peribadi

Langkah 3
Untuk melihat senarai fail yang telah dimasukkan ke dalam arkib pemampat bagi memastikan semua fail telah berjaya dimampatkan.

$ tar -tzf peribadi.tar.gz

$ tar -tf peribadi.tar

Langkah 4
Untuk mengambil fail tertentu dalam “.tar.gz” yang telah dibina, gunakan arahan berikut (folder liriklagu adalah contoh sahaja)

$ tar -tzf peribadi.tar.gz > liriklagu

Kemudian, edit liriklagu untuk menyenaraikan fail yang diingini sahaja.

$ tar -T liriklagu -xzf peribadi.tar.gz

Arahan diatas hanya akan mendapatkan fail yang terdapat dalam folder liriklagu sahaja dan jika kita mahu semua fail

$ tar -xzf peribadi.tar.gz

Langkah 5 (Penyulitan a.k.a encryption)
Arahan dibawah akan menghasilkan fail peribadi.des3 dan “katalaluan” perlu diingat untuk nyahsulit kelak.

$ tar -zcvf – peribadi|openssl des3 -salt -k katalaluan | dd of=stuff.des3

Untuk ekstrak semua fail yang telah disulitkan tadi, gunakan arahan berikut

$ dd if=stuff.des3 |openssl des3 -d -k katalaluan|tar zxf –

Anda telahpun membina fail yang boleh disulitkan serta dimampatkan agar lebih selamat dah mudah disalin kelak.