Apa khabar?

Selalunya, kebanyakkan orang yang ingin menjual komputer atau laptop tidak begitu menghiraukan data yang tersimpan dalam cakera keras mereka asalkan ia sudahpun diformat. Sebenarnya, dengan hanya format cakera keras ia kadang kala tidak memadai kerana data masih boleh dikembalikan walaupun tidak sepenuhnya.

Dengan menggunakan CD hidup Debian (atau variasinya seperti Ubuntu dan Linux Mint), anda boleh mengurangkan risiko data yang masih wujud dalam cakera keras tersebut.

1) Masukkan CD hidup pilihan anda dan pilih boot menggunakan CD tersebut

2) Dengan menggunakan terminal taip arahan dibawah

sudo swapoff

3) Sekarang, larikan arahan dibawah ini untuk memadam semua data yang terdapat dalam cakera keras

sudo dd if=/dev/zero of=/dev/sda

Proses ini mengambil masa yang agak lama dan bergantung pada saiz cakera keras anda. Setelah ia tamat, paparan akan menunjukkan saiz cakera yang telah dibersihkan.

Jika anda ingin mengetahui sela masa proses ini, hanya perlu taip arahan dibawah

sudo killall -USR1 dd

Selamat Mencuba!