Beberapa hari lepas, komputer saya terpaksa dipinjamkan kepada seseorang. Oleh kerana dia tidak pandai menggunakan Ubuntu dan komputer saya sememangnya ada dual-boot bersama Windows 7, maka sememangnya Windows menjadi pilihan “rasmi”.

Setelah komputer dipulangkan, komputer tak lagi dapat load pada boot asal Ubuntu iaitu menggunakan Grub2. Jadi, perlulah membaik pulih Grub2 dalam komputer saya.

Seperti biasa,  Saya menggunakan pemasangan dari USB kerana ada menyimpan Ubuntu dan mudah dibawa tetapi CD Ubuntu juga boleh digunakan. Langkah untuk membaiki Grub2 cukup senang. Apa yang perlu ialah:

1) Pastikan komputer boleh boot menerusi pemacu CD/DVD atau USB dan gunakan media pilihan anda.

2) Buka terminal Ubuntu dan taipkan arahan dibawah

sudo -s
fdisk -l  # Untuk melihat partisi cakera keras
mount /dev/sda6 /mnt # Ini merupakan partisi root, lihat konfigurasi anda dan pilih yang sesuai
mount /dev/sda5 /mnt/boot # Partisi boot jika ada, secara lalai ia terkandung dalam partisi root
grub-install –root-directory=/mnt/ /dev/sda

3) Teruskan dengan kemaskinian Grub2

mount –bind /proc /mnt/proc
mount –bind /dev /mnt/dev
mount –bind /sys /mnt/sys
chroot /mnt update-grub

4) Akhir sekali, apa yang perlu ialah reboot dan pastikan media yang digunakan tidak lagi berada pada komputer

Sekarang, saya sudahpun mempunyai pengurusan Grub2 yang asal dan boleh boot ke dalam partisi Ubuntu 12.04