Tema dan ikon Faenza merupakan salah satu tema untuk Gnome yang bersumberkan dari pihak ketiga. Tema dan ikon ini cukup menarik dan sememangnya telah mendapat sambutan hangat dari pengguna Desktop Gnome terutamanya Ubuntu.
Mungkin kerana tema ini menjadi hit dalam tempoh masa yang singkat, pengguna Ubuntu boleh memasang tema dan ikon ini dengan menambah PPA didalam repositori serta menjadikan pemasangannya cukup mudah dan pantas.
Bagaimana memasang Tema dan Ikon Faenza dalam Ubuntu?
Apa yang perlu dilakukan ialah dengan melarikan arahan dibawah menggunakan terminal anda
sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox && sudo apt-get update
sudo apt-get install gtk2-engines-equinox equinox-theme equinox-ubuntu-theme faenza-icon-theme
Contoh paparan Desktop Ubuntu denga Ikon Faenza
Itu sahaja dan bolehlah anda membuat konfigurasi untuk memaparkan set tema dan ikon tersebut di System >> Preferences >> Appearence
Klik pada butang Customize untuk konfigurasi Ikon Faenza
Jika anda ada sebarang kemuskilan atau pengalaman yang ingin dikongsi, anda bolehlah mengisi ruangan komen dibawah atau bincangkannya pada Komuniti Sumber Terbuka Dot Net.




October 27, 2010 at 1:09 pm
nmpk mcm smart.. balik kang nak try
Anarm recently posted..Apa itu Firebug dan fungsinya bagi blogger
October 28, 2010 at 9:04 pm
wah, aku nak kena cuba gak ni. menarik. hehe, besar tak size dia?
Mohd Isa recently posted..Senarai Blog SEO Terhebat
October 30, 2010 at 10:53 am
Mungkin ni boleh jadikan rujukan tambahan yang bagus..
Download deb installer boleh kat sini. Saiz lebih kurang 10Mb.
http://tiheum.deviantart.com/art/Faenza-Icons-173323228
Bro Zul MelayuUbuntu pernah buat review pasal ni di sini:
http://melayubuntu.blogspot.com/2010/07/faenza-gnome-icon-theme-tema-ikon-gnome.html
November 5, 2010 at 1:34 am
baru jelas sikit folder tu folder apa..bagus gak theme ni.
Khidhir recently posted..Cara Mencantikkan Dektop Ubuntu Anda – Part 1
November 8, 2010 at 7:32 am
nice de theme bley pasang2 ek. smart bro. sharing
acapz recently posted..Dapatkan Premium VPN CyberGhost Secara Percuma
November 21, 2010 at 10:43 pm
boleh cuba ni… thanks…
lazaac recently posted..Fast Update 2