Kita boleh meletak ikon Trash Can pada Ubuntu Desktop atau lebih dikenali Recycle Bin didalam Windows. Pilihan ini telahpun tersedia didalam Ubuntu dan dengan meletakkannya di desktop, ia mungkin menjadikan pengguna yang baru sahaja membuat migrasi dari Windows merasa sedikit selesa apabila ikon itu dapat dilihat. Berikut merupakan cara mudah untuk meletakkan ikon Trash Can:
Buka terminal dan taip arahan dibawah, paparan Configuration Editor akan muncul.
gconf-editor
Sekarang, buka direktori apps >> nautilus >> desktop. Anda akan melihat pilihan trash_icon_visible. Pilih dengan tik ke dalam kotak tersebut. Siap.
Sekarang ikon tersebut telahpun tersedia di paparan desktop Ubuntu anda.



July 10, 2010 at 2:24 pm
lagi senang= pakai ubuntu tweak
July 15, 2010 at 5:09 pm
@Frantz-Senpai, yup, cara ni sebenarnya untuk kita lebih faham linux.
July 11, 2010 at 12:57 am
pastinya bermanafaat untuk pengguna ubuntu
etomyam recently posted..Official World Cup 2014 Logo
July 15, 2010 at 5:10 pm
@etomyam, err.. tweak mudah je ni