Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

linux-logo

Mari belajar pasal arahan “dd”

| 3 Comments

Ok semua, hari ini kita akan belajar mengenai arahan “” dalam . Chewahh…

Sebenarnya, saya ada pergi untuk satu interview sebelum ini dan seperti biasa saya berterus-terang bahawa apa yang saya tahu mengenai Linux adalah pengalaman semata-mata tanpa sebarang latihan formal. Biasalah stail koboi gitu…

Tapi yang tak menarik, soalan yang ditanya semasa interview memang agak dasat. Kira bantai kow-kow lah. Rasanya sebab saya berterus-terang sebelum nie kot? Haha.. Tak mengapalah, perkara yang lepas jangan dikenang, kata kebanyakkan orang yang putus cinta (gua tak beb, jadi gua carik la soalan-soalan yg gua takleh jawab).

Berbalik kepada perkara asas tadi, apa tu “dd“?

dd merupakan satu aplikasi yang akan “menyalin dan menukar sesebuah fail”. dd boleh dikatakan satu arahan yang tidak begitu digunakan dan agak memeningkan, tetapi ia merupakan satu arahan yang boleh melakukan pelbagai arahan, membuat sandaran terhadap partisi, ujian terhadap halaju cakera malah juga CPU.

Cara penggunaan mudah ialah dd akan menyalin sesebuah fail tertentu dan meletakkan pada output dengan penukaran yang dikehendaki pengguna. Ok, agak mengelirukan. Secara mudahnya, anda boleh menyalin fail tertentu dan menukar format fail tersebut mengikut kehendak masing-masing. sebagai contoh

 1) # dd if=/dev/sda of=/dev/sdb

Arahan tersebut akan membuat salinan secara terus terhadap direktori /dev/sda kedalam /dev/sdb

2) #dd if=/dev/dvd of=dvd.iso

Arahan ini pula akan membuat salinan DVD menjadi fail dvd.iso. Jadi anda dah tahu “trick” mudah membuat fail ISO bukan?

3) #dd if=/dev/zero of=/dev/sda

Arahan ini akan membuang semua fail dalam partisi /dev/sda dengan pantas dan mudah.

4) # dd if=/dev/hda | gzip > hda.img.gz

Semua fail yang di salin dari /dev/hda akan termampat menggunakan program gzip.

5) # dd if=/dev/zero of=/dev/null bs=1M count=32768

Arahan ini akan memaparkan kapasiti jalur lebar pemproses/memori dalam GB/s

6) #dd if=/dev/sda of=/home/sam/MBR.image bs=512 count=1

Untuk membuat sandaran terhadap keseluruhan MBR (Master Boot Record) termasuk partisi tersebut

7) #dd bs=1k if=image.nrg of=image.iso skip=300

Bagi pengguna yang ingin menukar fail imej Nero kepada ISO, arahan ini membantu anda untuk membuat penukaran tersebut.

Untuk mengetahui dan belajar mengenai arahan dd ini, anda boleh melihat arahan tambahan pada terminal linux dengan dd –help.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

3 Comments

  1. avatar

    Wow.. ini adalah winrar.. Haha.. Paling best no 2.. syok2..
    Ahmad Fikrizaman recently posted..Kunci Direktori Dengan Cpanel

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker