Arahan SCP dalam Linux boleh digunakan untuk memindahkan fail antara 2 hos yang berbeza. SCP menggunakan rangkaian dengan SSH untuk membuat perpindahan ini. Biasanya kata laluan diperlukan ketika autentikasi tetapi kita boleh juga menggunakan kekunci RSA atau DSA bagi membolehkan pindahan fail menggunakan SCP tidak lagi perlu sebarang kata kunci.

Untuk menyalin fail dari hos lokal kepada hos lain

scp namafail pengguna@nama.hos:lokasi

Dimana:

namafail : fail yang ingin disalin
pengguna : nama pengguna hos sasaran
lokasi : direktori sasaran
nama.hos : nama bagi hos sasaran, kadangkala menggunakan nama domain atau alamat IP

Manakala untuk menyalin fail dari hos lain ke komputer lokal pula:

scp pengguna@nama.hos:lokasi destinasi

Dimana destinasi adalah direktori yang menjadi sasaran muat turun fail

*Anda juga bole menyalin seluruh direktori sasaran dengan meletakkan arahan “-r” selepas “scp”