Apabila anda mempunyai pelayan linux dan memasang MySQL, kebiasaannya, kata laluan bagi root untuk MySQL masik belum ada dan perlu dikemaskini untuk memastikan keselamatan pangkalan data kita. Atau mungkin kita terlupa kata laluan yang telah dibuat sebelum ini.

Untuk reset kata laluan root untuk pelayan MySQL, anda boleh ikuti langkah demi langkah dibawah…

1 – Hentikan servis MySQL

service mysqld stop

2 – Mulakan servis MySQL dengan mod selamat

mysql-safe –skip-grant-tables &

3 – Bina sambungan akaun root MySQL tanpa kata laluan

mysql -u root -p

4 –  Tukar kata laluan untuk root

mysql> UPDATE mysql.user SET password = PASSWORD(‘NEW_PASSWORD’) WHERE User = ‘root’;

mysql> FLUSH PRIVILEGES;

mysql> exit;

5 – Mulakan semula servis MySQL

service mysqld restart

Selamat Mencuba!