Ok, tajuk kat atas ni memang agak janggal sebab apa yang nak dijelaskan ialah “Access SSH using OpenSSH keys authentication”.

Menggunakan log masuk berasaskan kekunci dengan ssh mampu meningkatkan keselamatan berbanding kata kunci normal. Berikut merupakan cara menjana dan menggunakan kekunci tersebut.

Langkah pertama ialah dengan menghasilkan set kekunic RSA untuk autentikasi. Ini sepatutnya dilakukan pada klien (pc anda). Taipkan arahan dibawah pada terminal

mkdir ~/.ssh
chmod 700 ~/.ssh
ssh-keygen -t rsa

Paparan seterusnya bakal muncul untuk menjelaskan dimana fail rsa yang sepatutnya disimpan dan kata kunci buat kekunci tersebut.

Generating public/private rsa key pair.
Enter file in which to save the key (/home/”usr”/.ssh/id_rsa):
Enter passphrase (empty for no passphrase):
Enter same passphrase again:
Your identification has been saved in /home/”usr”/.ssh/id_rsa.
Your public key has been saved in /home/”usr”/.ssh/id_rsa.pub.

Sekarang kekunci yang telah dijana tadi perlu diletakkan pada hos atau pelayan yang anda ingin akses.

ssh-copy-id <username>@<host>

Langkah terakhir ialah dengan akses pada hos tadi dan buat sedikit konfigurasi yang sepatutnya.

cd .ssh
cat id_rsa.pub >> authorized_keys
rm id_rsa.pub

Sekarang and boleh mencubanya dengan hanya akses terus kepada hos yang telah dikonfigurasi tadi tanpa perlu kata kunci.

Selamat mencuba!