Kepada semua kipas susah mati Ubuntu, hari ini sememangnya hari yang dinantikan untuk muat turun dan mencuba Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot.
Bagi mereka yang sememang sudahpun menggunakan Ubuntu sebelum ini, kemaskinian cukup mudah. Dengan hanya menaip arahan dibawah pada terminal, pengguna sudah boleh mendapat kemaskinian versi Ubuntu terbaru
update-manager-core
sudo do-release-upgrade -d
Sekarang apa yang perlu ialah ikuti sahaja arahan pada skrin anda. Tetapi ini hanya boleh dilakukan jika pengguna berada pada versi Ubuntu 11.04. Bagi mereka yang menggunakan versi lebih awal, anda perlu membuat kemaskinian kepada versi Ubuntu 11.04 terlebih dahulu.
Atau, muat turun imej ISO Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot di laman rasmi Ubuntu untuk memasang atau mencuba pada komputer.


November 4, 2011 at 6:45 am
adus streamyx minggu ni macam aper punya lembab… 3 kali gagal download versi terbaru ni..
November 15, 2011 at 4:37 pm
try guna torrent bro, kalau miss pun boleh sambung kemudian.
January 3, 2012 at 3:28 pm
Mau coba linux dulu ah