Apa khabar semua?
Sepertimana yang diketahui umum, Ubuntu terkini iaitu versi 10.10 dengan kod nama Maverick Meerkat telahpun dilancarkan semalam. Sesiapa yang berminat untuk muat turun sistem operasi terkini yang dikeluarkan oleh Canonical ini bolehlah layari laman web rasmi Ubuntu DISINI.
Anda sudahpun gunakan Ubuntu?
Untuk kemaskinian Ubuntu 10.10 dari 10.04, ada cara mudah untuk memasangnya tanpa perlu melakukan fresh install. Ikuti cara berikut:
1) Tekan butan ALT – F2 dan taipkan arahan dibawah pada kotak yang muncul
update-manager -d
Klik pada butang RUN
2) Paparan tetingkap dibawah akan muncul. Klik butang “Check” diikuti dengan “Upgrade”. Tunggu hingga kemaskinian tamat.
Sekarang anda telahpun berjaya membuat peningkatan kepada Ubuntu 10.10. Selamat mencuba!


October 11, 2010 at 10:26 am
tengah mengupgrade…hehe
syahrilhafiz recently posted..PlaneShift untuk Ubuntu Gamer
October 18, 2010 at 9:27 am
@syahrilhafiz, bagus2
October 12, 2010 at 2:08 am
alamak belum guna lag ubuntu ni hehe
etomyam recently posted..Hukum Mengupah Orang Menyiapkan Tesis
October 18, 2010 at 9:30 am
@etomyam, takpe2, bila ada masa nanti boleh lah cuba
October 12, 2010 at 9:31 am
hasih…lappy aku baru format kot…tak download lg 10.10 ni…tgu mbr download dlu la…hehe
Mohd Isa recently posted..Kepentingan Backlink Dalam SEO
October 18, 2010 at 9:31 am
@Mohd Isa, boleh lah cuba lepas neh
October 12, 2010 at 11:08 am
woot2x… in progress…
zik recently posted..Ada apa dekat empangan tuh
October 18, 2010 at 9:32 am
@zik, hehe bagus tu
October 12, 2010 at 11:31 am
yup..tunggu sebulan dulu. nak tunggu feedback pengguna. lagipun versi 10.04 pun dah cukup puas hati. buat masa sekarang ni, aku cuma pakai font family ubuntu latest, yang lain belum sedia berubah.
ssambutan terhadap ubuntu 10.10 macam suram sikit kan? tak ramai orang teruja. tak macam versi 10.04 dulu. meriah, sampai orang tak tau pasal ubuntu pun mula mencari menatang apa ubuntu ni.
aku fikir ubuntu 10.10 ni akan jadi macam windows vista. orang taknak pakai vista, sebab dah berpuas hati dengan XP.
October 14, 2010 at 12:23 pm
aku dah pakai 10.10..
Anarm recently posted..Renungan Sejenak- Jangan Merungut
October 18, 2010 at 9:35 am
@Anarm, hebat tu
October 16, 2010 at 4:44 am
aku belum upgrade dari ubuntu 10.04 LTS ke 10.10… sapa dah guna leh info perbezaan tak?
October 18, 2010 at 9:42 am
@mancai, erm, tak banyak beza sangat kowt, ada aplikasi tambahan
October 16, 2010 at 9:45 pm
nice…makin banyak tips menarik pasal 10.10…esok lusa baru download….hihihi
Sir Marcello recently posted..Cerita Sana Sini
October 18, 2010 at 9:46 am
@Sir Marcello, ok gak tu.. tunggu masa yg sesuai ek
March 25, 2011 at 3:16 am
masalh2..tolong2.sya dah install ubuntu 10.10 tapi pas dah install smua npe xda internet connection.xley nk detect wifi plak,bla on windows ada plak,,tlong2
March 25, 2011 at 9:12 am
@nizam, boleh tau tak laptop model apa? then kalau connect guna kable ok tak?