Red Hat Inc telahpun membuat pengumuman pelepasan Red Hat Linux (RHEL) 6. Sepertimana ramai yang mengetahui bahawa RedHat Inc merupakan salah satu syarikat pelopor dalam pembangunan Linux dan sumber terbuka.
Paparan Desktop Red Hat Linux 6
Dengan pelancaran versi terbaru ini, Linux tidak lagi menjadi satu sistem operasi yang hanya digunakan oleh orang tertentu atau kumpulan kecil sahaja. RHEL telahpun membuktikan Linux kini menjadi satu keperluan pasaran, dan diperlukan oleh banyak perniagaan. Red Hat Inc juga telah bejaya menjadikan LInux sebagai satu jenama yang cukup kukuh untuk bersaing dengan mana-mana syarikat lain.
Bagi RHEL 6, satu kelebihan utama teknologi tersedia dalam sistem operasi terbaru ini ilaha ia mampu menjimatkan sekitar 40 peratus penggunaan tenaga elektrik. RHEL juga penyokong virtualisasi serta perkompouteran awan
Mungkin ini bukanlah satu berita yang menarik jika kita bukan seorang yang teknologi sentrik tetapi perlu diingatkan bahawa dunia sedang berubah, perubahan yang cukup pantas. Adakah kita sudah bersedia dengannya?
Kredit gambar: http://distrowatch.com/weekly.php?issue=20100426

November 14, 2010 at 10:14 am
Ada kaitan jugak eh jenis OS dengan elektrik?
November 15, 2010 at 1:11 am
Redhat..nama ni biasa gak didengari. tapi x pernah try.. hmmm…
Khidhir recently posted..Cara Mencantikkan Dekstop Ubuntu Anda – Part 2
December 3, 2010 at 10:39 am
Hmm lawa gak paparan destop Redhat ni
teringin nak mencuba ^_^
wazy recently posted..E-Book Komputer SayaCom
December 4, 2010 at 12:11 pm
jimat tenaga elektrik yang bagus tuh…
zik recently posted..Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia