Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

Qimo-desktop

Qimo: Satu lagi Sistem Operasi Linux untuk kanak-kanak

| 14 Comments

Salam kepada semua,

Sebelum ini ada diterangkan mengenai Edubuntu dalam entri yang lepas, merupakan satu cabang distro Ubuntu khas untuk pembelajaran. Ada satu lagi berasaskan Linux yang dibangunkan khas untuk pembelajaran kanak-kanak yang diberi nama sebagai Qimo.

Qimo (disebut dengan “kim-oh” seperti eskimo) merupakan perisian desktop yang dibentuk khas untuk kanak-kanak. Sistem operasi ni juga berasaskan Ubuntu Linux yang didatangkan dengan permainan pendidikan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan keatas.

Antaramuka grafik telah direka agar mudah diguna, memberikan ikon yang besar membuatkan pengguna yang kecil tiada masalah untuk memilih aktiviti yang mereka mahukan. Keperluan perkakasan adalah cukup rendah iaitu dengan hanya 256MB RAM, 6 GB Cakera Keras dan CPU pada kepantasan 400Mhz atau lebih.

Qimo agak berbeza berbanding Edubuntu kerana ia direka untuk komputer persendirian berbanding sistem bilik darjah yang memerlukan rangkaian. Ia juga tiada paparn pelbagai tetingkap bagi memudahkan kanak-kanak membuat navigasi tanpa sebarang kekeliruan.

Paparan Desktop Qimo

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

14 Comments

  1. avatar

    makin menaik kan semangat aku semula..
    thank untuk ini…
    kerajaan kena ambik intensif tentang ini..huhu
    syahrilhafiz recently posted..Sindrom Seorang Blogger

  2. avatar

    menarik2… tengah cari satu lagi pc untuk anak aku no 2 ni… nak letak edubuntu

  3. avatar

    bagus la cmni
    kanak-kanak didedahkan dengan sistem operasi linux
    nanti dorang akan mahir,dan ini adalah kebaikan untuk negara didalam penerokaan sumber terbuka
    wazy recently posted..MV Agusta Sekali Lagi Dijual Satu Euro

  4. avatar

    rupanya banyak sumber yg boleh diperolehi melalui sumber terbuka ni ya
    etomyam recently posted..Beginilah Rasanya

  5. avatar

    yang nie sesuai untuk anak2 kecil.. memudahkan..
    zik recently posted..Survey- Bila Anda Balik Kampung Raya 2010

  6. avatar

    comel
    skrg ni aku guna linuxmint :)
    Wan recently posted..Aku Lihat Layu dalam Melayu

  7. avatar

    nice. cntik n comel je os qimo ni. bru thu bro. hee. nice sharing. btw btul ckp bro shahril. patut kerajaan sebar bnda ni untuk kanak2 guna. kn smart skit. dunia IT kate kn :D
    acapz recently posted..Etika Yang Perlu Ada Pada Seseorang Yang Bergelar Hacker

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker