Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

simpleLinux-install-startup

Preview simpleLinux buatan Malaysia

| 16 Comments

, merupakan satu distro yang dibangunkan oleh warga Malaysia berasaskan Slackware dan Slax. Pelopor kepada distro ini ialah Fariz Luqman dan Syukri Roslee yang mana pembangunan distro ini bertempat di Ampang, Malaysia.

simpleLinux menggunakan KDE sebagai pengurus desktop secara lalai dan juga boleh XFCE sebagai pilihan pengurus desktop.

Versi terkini telah dilepaskan pada 25 Disember 2010 dengan kod nama Felix101 merupakan versi LTS (Long Term Support). Untuk muat turun distro ini, and boleh layari laman web rasmi mereka dan pilih imej ISO yang anda perlukan.

Oleh kerana simpleLinux menggunakan Slax dan KDE yang mana saya tidak begitu mahir dengan kedua-duanya, saya hanya dapat mencuba serba sedikit sistem operasi ini. Mari kita lihat sedikit preview dan paparan imej desktop simpleLinux ini:

Paparan permulaan simpleLinux berwarna hijau terang jika anda membuat boot secara terus dari ISO.

Kemudian anda akan dibawa desktop lalai simpleLinux dan UNetBootin juga akan muncul secara lalai untuk memasang distro ini ke dalam cakera keras atau USB. Perlu diingat kita mesti format cakera keras tersebut terlebih dahulu (jenis format yang dicadangkan ialah FAT32). Ini boleh dilakukan dengan aplikasi GParted yang juga tersedia dalam simpleLinux.

Setelah memasang pada cakera keras atau USB (pilihan anda), antaramuka hijau terang tidak lagi muncul dan digantikan dengan paparan lalai simpleLinux untuk log masuk. Apabila anda menggunakan simpleLinux ini, log masuk adalah secara automatik yang mana tidak perlu nama pengguna dan kata laluan serta pengguna yang masuk secara lalai adalah root. Bagi meningkatkan keselamatan simpleLinux yang telah dipasang, sedikit konfigurasi perlu dilakukan untuk membuang automatik log masuk.

Konfigurasi untuk membuang log masuk automatik: pergi ke Control Center >> System Administration >> Login Manager. Buang tanda pada Enable Auto-Login.

Sekarang, paparan log masuk akan muncul dan anda perlu masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk masuk selepas anda reboot

Berikut merupakan preview paparan desktop lalai simpleLinux

simpleLinux merupakan satu distro yang cukup menarik dan apa yang lebih membanggakan ialah ia dibangunkan oleh orang Malaysia sendiri. Cubalah!

Pautan: http://www.simplelinux.tk/

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

16 Comments

  1. Pingback: Wordpress.com padam blog Anti-islam « obvious

  2. avatar

    dah lepaskan yerk, aku nak cubalah camni. cam menarik jerk. hehe
    Mohd Isa recently posted..Beza Solat Lelaki Dan Wanita

  3. avatar

    Skali tengok cam apple je.. Nampak cam cantik.. Fungsi sama cam Win7 jugak ke?
    deCrewz recently posted..Penipuan Shoutbox!!

  4. avatar

    wah, aku baru nak seed..haha
    tengah tunggu ni
    tak pe nantikan versi aku lak
    syahrilhafiz recently posted..Icon Faenza di Fedora KDE

  5. avatar

    Terima Kasih membantu kami buat dokumentasi :)
    farizluqman recently posted..Welcome to simpleLinux

  6. avatar

    lawa desktop dia tu
    kena try jugak
    wazy recently posted..Unic-Sekolahku

  7. avatar

    memang sangat superb… fullahnih..
    zik recently posted..Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!

  8. avatar

    Salam,

    Kami ada membina portal joomla untuk simpleLinux. Mintak pinjam ayat sikit :) http://myne.tk

  9. avatar

    huhuhu… bangga anak Malaysia mula mengorak langkah… teruskan2… nampak simple tapi mantap…

  10. avatar

    wahh. Orang Malaysia pun buat Linux sendiri. Bagus2. Tunggu dorang wat OS sendiri lak.
    Khidhir recently posted..Software Kamus Terbaik e-Kamus 502

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker