Ramai pengguna Linux yang menjadikan GNOME sebagai perisian desktop lalai pasti menantikan versi terbaru iaitu GNOME 3. Walaupun GNOME 3 tidak akan dilepaskan sehingga April 2011, kita boleh mencuba versi alpha yang boleh dimuat turun dengan format CD/DVD atau storan USB.
Sepertimana kita ketahui, pembangunan GNOME 3 adalah kembali dari asas, serta berbentuk terkini bagi pengguna. Ini bagu memastikan antaramuka desktop ini cukup menarik serta mudah digunakan oleh semua orang walaupun tanpa sebarang asas Linux.
Masa kini juga amat bergantung pada media sosial serta komunikasi internet, oleh itu GNOME 3 juga memfokuskan kepada aplikasi mesej yang terbina dalam. Ini membolehkan pengguna berhubung tanpa perlu fokus kepada aplikasi komunikasi atau media sosial lain. Ia juga membolehkan kita membalas mesej secara terus dan pantas.
Dengan tambahan panel yang menarik serta notifikasi mudah, hampir semua tugas am boleh dilakukan dengan hanya perlu beberapa klik sahaja. Konfigurasi sistem juga telah dirombak semula untuk GNOME 3, menjadikan ia lebih mudah dari sebelum ini. Lebih menarik, sistem konfigurasi ini mempunyai fungsi tambahan menarik seperti mejadikan imej Flickr sebagai latar belakang desktop.
Jika anda ingin mencuba GNOME 3, anda boleh muat turun pada laman web rasmi GNOME 3 di http://www.gnome3.org/ atau bagi pengguna Ubuntu, boleh gunakan arahan dibawah untuk memasangnya ( perlu diingatkan semula, GNOME 3 masih pada versi ALPHA dan mungkin ada sebikit komplikasi yang bakal timbul)
Pasang pada Ubuntu
sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-desktop/gnome3-builds
sudo apt-get update && sudo apt-get install gnome-desktop3
Kemudian anda perlu restart dan pilih GNOME 3 semasa log masuk kedalam sistem anda. Selamat Mencuba!






February 9, 2011 at 6:02 pm
Pasni kena pakai Linux Mint kalo nak rasa Gnome 3. Saya baca, ubuntu semua masuk Unity.
February 17, 2011 at 5:12 pm
@Naisophon X, yup, Ubuntu mmg nak enforced Unity
February 10, 2011 at 6:29 am
memang terbaik, hoho…tapi aku lebih gemar menanti full version punya. hehe
Mohd Isa recently posted..Jejak Kekasih di Facebook Menjadi Songsang
February 17, 2011 at 5:12 pm
@Mohd Isa, samalah kite sebenarnya
February 11, 2011 at 3:06 am
wah cantik mantik gnome 3 ni… lebih teratur…
February 17, 2011 at 5:13 pm
@mancai, betul tu
February 15, 2011 at 8:50 am
memang smart, aku je tak guna lagi.
syahrilhafiz recently posted..Syahril Hafiz Blog Versi 11 Dikemaskini
February 17, 2011 at 5:13 pm
@syahrilhafiz, aku pun tak guna lagik, test jer tu
February 16, 2011 at 2:49 pm
macam banyak guna RAM je ni..
February 17, 2011 at 5:14 pm
@sufian, RAM 1 GB dah cukup masa test ni, cuma mungkin grafik kad kena power sket.
April 8, 2011 at 5:41 pm
nampak lebih menarik daripada unity…
najashark recently posted..HACKINTOSH iAtkos v7 installation guide