Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

Ubuntu Rescue Remix

Pemulihan data cakera keras menggunakan Linux

| 12 Comments

Mungkin ramai yang mengalamai masalah komputer anda tidak dapat boot, serangan virus, partisi yang telah korup, masalah sistem dan pelbagai isu yang melibatkan , anda pastinya mahu perkakas yang mampu membuat pemulihan terhadap sistem yang digunakan. Ini adalah bagi mendapatkan kembali data lama yang penting serta perlu digunakan untuk tugas harian.

Untuk memiliki perkakas pemulihan ini (recovery tools) mungkin memerlukan kos yang tinggi, tetapi tidak lagi dengan adanya sistem pemulihan berasaskan . Ia dapat membantu menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas. Satu contoh perkakas pemulihan ini ialah Ubuntu Rescue Remix yang dibangukan menggunakan distro tetapi ditambah dengan aplikasi diperlukan untuk membuat pemulihan cakera keras.

Ubuntu Rescue Remix merupakan satu sistem yang boleh dilarikan menggunakan CD atau USB dan mempunyai persekitaran CLI (Command Line Interface). Ia menawarkan versi terkini untuk pemulihan data cakera keras berasaskan sumber terbuka, termasuk GNU ddrescue, Photorec, The Sleuth Kit dan Gnu-fdisk. Selain itu, pakej tambahan yang dimasukkan ke dalam Ubuntu Rescue Remix ini adalah aoetools, array-info, ext3-grep, gptsync, kpartx, dan scrounge-ntfs.

Jika anda berminat untuk mencubanya, boleh muat turun perisian tersebut atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ubuntu Rescue Remix ini, layari laman rasmi perkakas tersebut pada pautan dibawah.

http://ubuntu-rescue-remix.org/

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

12 Comments

  1. avatar

    yang nie terpaksa senyap jela… hhuhuhu
    zik recently posted..Qari Mesir- qariah Pakistan Johan Tilawah al-Quran 2010

  2. avatar

    Menarik gak ni bro,nanti nak try kalau ada hard disk terkena serangan virus
    wazy recently posted..22 Koleksi Wallpaper Linux

  3. avatar

    mungkin ada kegunaannya satu hari nanti :D
    etomyam recently posted..Kecoh Kes Raja Azura Bercerai

  4. avatar

    ni buat aku gatal tgn nak install linux kat computer aku ni :)
    catzer recently posted..GoDaddy Scam Pembeli Domain

  5. avatar

    byk distro utk troubleshooting ni..
    tapi yg ni belum cuba lagi..
    sufian recently posted..Cara Membuka – Memasang RAM SODIMM Untuk Laptop

  6. avatar

    tq berkongsi. nk share :D
    acapz recently posted..Merakam Skrin Anda Dengan Screenr

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker