Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

touchpad-indicator

Pasang “Touchpad Indicator” pada Ubuntu 11.10

| 2 Comments

Ini merupakan sekadar tips ringkas pengguna 11.10 yang mana mempunyai masalah dengan “” pada komputer riba mereka. (Sebenarnya saya yang menghadapi masalah tersebut)

Selepas memasang , “Touchpad” pada komputer riba saya sedikit tidak keruan dan seringkali tertekan semasa menaip. Ini kerana ia terlalu sensitif dan tidak tertutup secara automatik (auto-disabled) ketika menaip.

Untuk mengatasi masalah ini saya memenggunakan tetikus luaran dan menutup “Touchpad” sevara terus. Untuk melakukan ini, saya menggunakan satu aplikasi ringkas tersedia dalam PPA Ubuntu:

sudo add-apt-repository ppa:atareao/atareao

sudo apt-get update

sudo apt-get install touchpad-indicator

Itu sahaja, dan ia dapat dilarikan pada Applications >> Accesories >> Touchpad Indicator jika anda menggunakan GNOME Fallback dan hanya perlu membuat carian “Touchpad” jika menggunakan Unity.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

2 Comments

  1. avatar

    aku guna jupiter.
    boleh aku control performance setting dengan touchpad sekali :D

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker