Ini merupakan cara mudah untuk memasang CentOS 5.5 dengan muat turun secara terus dari internet. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan muat turun fail iso pemasangan NetInstall dan burn ke dalam CD.
Kemudian masukkan CD tersebut serta reboot sistem anda. Pastikan anda telah membuat konfigurasi agar sistem dapat boot menggunakan CD
Kemudian, apabila ditanya metod pemasangan, pilih “HTTP” dan masukkan maklumat dibawah
1) Untuk sistem 32 bit
Host: mirror.centos.org
Directory: centos/5.5/os/i386
2) untuk sistem 64 bit
Host: mirror.centos.org
Directory: centos/5.5/os/x86_64
** mirror.centos.org >> anda boleh pilih laman hosting terdekat dengan anda.
** cuba http://isoredirect.centos.org/centos/5/isos untuk senarai terdekat dan pilih sistem 32 bit atau 64 bit

