Masa mula-mula menggunakan Ubuntu Unity dalam Ubuntu 11.04, menubar Unity mempunyai ikon yang agak besar. Walaupun menarik tetapi saya merasakan ia agak keterlaluan… (besaq bebeno nokk!). Jadi, bagi sesiapa yang ingin menjadikan ikon menubar Unity lebih kecil serta konfigurasi tambahan lain, anda boleh memasang satu utiliti untuknya..
Apa yang perlu dilakukan ialah dengan melarikan arahan dibawah ini pada terminal,
sudo apt-get install compizconfig-settings-manager
Selepas pemasangan selesai, buka compizconfig-settings-manager dengan langkah yang ditunjukkan dibawah ini
Pilih ikon CompizConfig Setting Manager
Anda akan melihat pula ikon Ubuntu Unity Plugin dan klik pada ikon tersebut
Paparan konfigurasi Ubuntu Unity Plugin pula akan muncul. Anda boleh bereksperimen untuk mendapatkan hasil yang anda mahukan untuk persekitaran desktop anda sendiri
Dan ini ialah ikon yang telah saya kecilkan kepada saiz ikon 32. Lebih kecil dan comel bukan? hehe
Selamat Mencuba!





