Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

grub-edit

Menukar paparan masa tersedia bagi Grub 2

| 4 Comments

Ketika boot ke dalam , GRUB menu akan memaparkan pilihan yang ada dan jika mahu lebih masa dari masa tersedia, kita perlu tekan butang ESC. Masa tersedia untuk memilih ialah 10 saat. Anda mungkin mahu mengubah masa tersebut mengikut keperluan – menambah atau mengurangkannya.

Ini boleh dilakukan dengan mudah mengikut arahan dibawah:

Buka fail grub menggunakan teks editor pilihan anda. Saya menggunakan vim.

sudo vim /etc/default/grub

paparan dibawah akan muncul

GRUB_DEFAULT=0
#GRUB_HIDDEN_TIMEOUT=0
GRUB_HIDDEN_TIMEOUT_QUIET=true
GRUB_TIMEOUT=10
GRUB_DISTRIBUTOR=`lsb_release -i -s 2> /dev/null || echo Debian`
GRUB_CMDLINE_LINUX_DEFAULT=”quiet splash”
GRUB_CMDLINE_LINUX=””

Untuk menukar masa paparan Grub, edit GRUB_TIMEOUT=10 (nilai 10 mewakili 10 saat) kepada nilai yang anda mahukan. Simpan fail tersebut dan larikan arahan kemaskinian untuk Grub dibawah

sudo update-grub

Sekarang, paparan Grub anda telah bertukar mengikut masa yang anda mahukan.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

4 Comments

  1. avatar

    perkataan ‘grub’ cukup asing bagi aku pengguna windows ni hehehe, tapi pastinya tutorial ni amat berfaedah kepada pengguna ubuntu ni
    etomyam recently posted..Sumbangan World Cup 2010 Kepada Myjazmaniecom

  2. avatar

    hehe ok gak ni..
    sy selalunya guna
    sudo gedit /etc/default/grub
    bagus gak ni, dlm satu terminal je..just tukar gedit kepada vim je lah..
    thank2..

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker