Samba merupakan aplikasi yang membantu pengguna linux berkongsi fail dengan mudah menggunakan rangkaian tersedia. Kelebihan Samba ialah ia mampu meberikan perkongian fail, direktori malah pencetak ke dalam kepada hampir semua platform sistem operasi. SWAT atau nama sebenarnya SAMBA Web Administration Tool, membantu kita menguruskan fail serta direktori Samba dengan mudah
Cara pasang dalam Ubuntu
1) Pasang aplikasi dengan menaip arahan dibawah menggunakan terminal anda
# apt-get install xinetd
# apt-get install swat
2) Kita perlu edit fail konfigurasi SWAT bagi membolehkan kita akses menggunakan pleyar web.
# vim /etc/xinetd.d/swat
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 | { port = 901 socket_type = stream wait = no # Use only_from if you want to restrict access # only_from = localhost user = root server = /usr/sbin/swat log_on_failure += USERID disable = no } |
3) Akhir sekali, servis xinetd perlu restart untuk memastikan konfigurasi terbaru dapat dilancarkan
# sudo /etc/init.d/xinetd restart
Sekarang anda boleh membuka aplikas SWAT dengan menggunakan pelayar web pilihan anda. menggunakan alamat berikut dan masukkkan kata laluan yand diperlukan
http://”alamat-ip”:901 atau
http://localhost:901
Cara pasang dalam Fedora/CentOS
1) Taipkan arahan dibawah menggunakan terminal anda
# yum install xinetd
# yum install samba samba-swat
2) Kita juga perlu edit fail konfigurasi swat untuk membenarkan akses menggunakan pelayar web
# vim /etc/xinetd.d/swat
Edit fail ini sama seperti kod yang terdapat dalam pemasangan Ubuntu diatas.
3) Pastikan servis xinetd dilancarkan semula dengan melarikan arahan dibawah
# /etc/rc.d/init.d/xinetd restart
Anda boleh buka pelayar web untuk melayari SWAT dengan alamat yang sepatutnya.
Selamat mencuba!



October 16, 2010 at 4:41 am
wah mahu cuba laa… on the way
October 18, 2010 at 8:54 am
@mancai, bagus bagus
October 17, 2010 at 2:44 am
sharing yang camne ni? ada cam mediafire, 4shared tu ke? Sesama linux je?
Tapi nampak menarik je. boleh try ni..
Khidhir recently posted..Maher Zain – For the Rest of My Life Video with Lyrics
October 18, 2010 at 8:53 am
@Khidhir, ini untuk local network jer, sesama pc kat stu tempat.
October 17, 2010 at 10:31 pm
macam mana nak pasang nie.. harhhh
zik recently posted..Selawat syifa
October 18, 2010 at 8:54 am
@zik, ini sebenarnya untuk linux jer
October 18, 2010 at 10:39 am
ni macam dropbox ke?
Affan recently posted..Kenapa scam adalah bahaya
October 19, 2010 at 11:43 am
@Affan, tak, ini macam windows sharing antata pc jer
Pingback: Apa itu SAMBA? | Sumber Terbuka Dot Net
November 15, 2011 at 3:42 pm
konf. yg lbih lnjutnya mna gan ????
November 15, 2011 at 4:36 pm
err…. memang ini sahaja konfigurasi SWAT. selebihnya konfigurasi samba