Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

mandriva-tux

Madriva 2012.2 dilepaskan

| 8 Comments

Akhirnya versi 2010.2 dilepaskan dan ini merupakan penambahbaik pepijat serta kemaskinian untuk versi sebelumnya. Distro yang berasaskan pakej RPM ini telah melepaskan sebanyak 5055 kemaskinian rasmi mereka.

Mungkin ramai pengguna Linux di Malaysia tidak begitu mengenali Mandriva Linux namun komuniti yang menyokong sistem opeasi Mandriva ini memang cukup banyak diluar sana. Sebelum ini Mandriva dikenali sebagai Mandrake Linux sebelum terpaksa menukar nama akibat dari satu tuntutan sebuah syarikat lain.

Mandriva merupakan salah satu Distro Linux teawal dibangunkan sekitar tahun 1998. Antara produk utama yang dikeluarkan oleh Mandriva ialah Mandriva Directory Server yang membolehkan pengurusan pelayan LDAP melalui web GUI dan Pulse 2 dimana satu alat yang membantu pembangunan aplikasi, inventori serta penyelenggaraan rangkaian IT sesebuah organisasi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Mandriva atau muat turun sistem operasi tersebut, anda boleh layari laman web rasmi mereka (www2.mandriva.com) atau wiki komuniti (wiki.mandriva.com)

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

8 Comments

  1. avatar

    tak tercuba2 lagi mandriva ni.. kena donlod yang baru gayanya ni…
    mancai recently posted..apa itu kerja berpasukan

  2. avatar

    Dah cuba mandriva dulu. Tapi tak enjoy sangat, tak beza dengan Ubuntu pun. Semua benda basic serupa macam Ubuntu, ada open office, player yang biasa biasa je.. huhu..
    Naisophon X recently posted..Agak- agak- kau kenal tak ni sape

  3. avatar

    owh mungkin ada penambahan baik sedikit dari version yang lama??
    zik recently posted..Keputusan terkini malaysia vs indonesia FINAL pertama di bukit jalil!!

  4. avatar

    tak pakai mandrake.. sebab rpm based.

    pakai debian variant macam XandrOS sebelum ni, sekarang pakai ubuntu.
    zuls recently posted..Spending Time Offline NOT Connected

  5. avatar

    nak try la versi terbaru ni nanti
    wazy recently posted..Senarai Jawatan Kosong Terkini

  6. avatar

    bila la aku nak cuba mandriva lak
    yg lain dah merasa..hehe
    syahrilhafiz recently posted..Review – Prestasi SyahrilHafizcom Bulan Dis 10

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker