Beberapa hari lepas, saya terpaksa menggunakan Lync sebagai medium komunikasi kerana keperluan kerja. Jadi, resolusi awal adalah kembali menggunakan sistem operasi Windows sementara mencari cara memasang Lync pada komputer Ubuntu saya. Dengan sedikit carian pada Google, rupa-rupanya pengguna boleh menggunakan Pigdin sebagai pengganti Lync sebagai klien komunikasi.

Ada satu pakej yang dipanggil “pidgin-sipe – Pidgin protocol plugin to connect to MS Office Communicator” dan untuk memasangnya cukup mudah.

Buka terminal anda dan taipkan arahan di bawah ini (oleh kerana saya menggunakan Ubuntu, arahan ini mungkin juga boleh digunakan untuk mana-mana distro berasaskan Debian)

sudo apt-get install pidgin pidgin-sipe

Buka Pidgin dan tambah akaun yang digunakan dalam untuk Lync dan kemudian pilih protokol “Office Communicator”.

Setelah memasukkan nama pengguna, log masuk dan kata laluan, Pidgin boleh membuat sambungan kepada pelayan yang menyediakan servis ini.

Kadang kala, “Read Error” akan terhasil apabila membuat sambungan kepada pelayan dan kita perlu melarikan Pidgin melalui terminal dengan arahan di bawah.

export NSS_SSL_CBC_RANDOM_IV=0 pidgin (bina satu skrip jika perlu, untuk memudahkan Pidgin dilarikan).

Itu sahaja, dah kita sudah boleh menggunakan akaun Microsoft Lync dengan Pidgin bagi pengguna Ubuntu.