Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

doudou-gdm

DoudouLinux: Satu lagi Distro Linux pembelajaran

| 8 Comments

Sempena dengan musim sekolah ini, ramai ibu bapa yang sememangnya agak sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Pasti ibu bapa menginginkan pendidikan yang terbaik agak anak-anak mereka. Kerana itulah, saya ingin berkongsi satu lagi disto berasaskan yang dibangunkan khas untuk kanak-kanak dan say yakin ia pasti membantu kanak-kanak untuk memdapat variasi yang lebih menarik.

DouDou yang berasal dari perkataan Peranchis untuk anak patung beruang atau bantal kecil yang sentiasa dibawa oleh kanak-kanak. Ini kerana mensasarkan agar distro ini boleh dibawa kemana-mana sahaja.

DoudouLinux merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk kanak-kanak bagi membolehkan mereka menggunakan komputer dengan mudah dan seronok. DoudouLinux juga menyediakan pelbagai aplikasi yang sesuai untuk kanak-kanak seawal umur 2 tahun serta cuba memberikan mereka satu persekitaran yang semudah konsol permainan.

Aplikasi DoudouLinux yang asas tersedia dibahagikan kepada beberapa topik/kumpulan:

  • pembelajaran – mengajar sambil berseronok
  • berseronok – permainan mudah tetapi tidah semestinya sederhana
  • kerja – menulis teks, mengira, komunikasi dan sebagainya
  • multimedia – mendengar muzik serta menonton video

Contoh permainan dalam DoudouLinux

Pada permulaan, kanak-kanak boleh didedahkan dengan permainan pembelajaran dahulu dan seterusnya diperkenalkan dengan aplikasi kerja, permainan lain serta aplikasi multimedia.

Sedikit paparan imej desktop yang tersedia dalam DoudouLinux:

Jika anda berminat, boleh layari laman web rasmi mereka dan muat turun distro ini. Selamat mencuba!

Pautan rasmi dan imej : http://www.doudoulinux.org/web/english/

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

8 Comments

  1. avatar

    menarik…kebelakangan ni ST banyak entri kebudakan nampak..huhu
    syahrilhafiz recently posted..Tolong klik iklan tu!!!

  2. avatar

    comel gitu…terbaiklah…
    Mohd Isa recently posted..Keindahan Islam Yang Tiada Tandingan

  3. avatar

    Ini mungkin yang dikatakan melentur buluh,biar dari rebungnya
    mudah-mudahan pendedahan awal distro ni kepada kanak-kanak dapat membangkitkan minat mereka secara mendalam pada linux

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker