Bagi peminat Linux, pasti mengetahui apa itu Debian yang merupakan salah satu distro tertua Linux. Kini, Debian telahpun melepaskan versi stabil terkini iaitu Debian 6 yang dipanggil “Squeeze”.
Versi terbaru ini mengabil masa 2 tahun untuk dibangunkan tetapi kurang sambutan akibat dari kurangnya fungsi-fungsi terkini malah perisian yang tersedia secara lalai agak ketinggalan. Malah kedengaran cerita bahawa Debian tidak lagi menjadi Distro yang hebat seperti dahulu.
Mereka yang tidak begitu memahami Debian mungkin akan membandingkan antara Debian, Fedora malah mungkin Ubuntu beerkenaan fungsi-fungsi terkini. Tetapi, itulah sebenarnya Debian, yang menjadikannya satu distro Linux paling lama bertahan dan digemari ramai. Debian amat mementingkan kestabilan dan mimimum pepijat. Ini amat perlu bagi pengurus IT dan admin sistem kerana mengurangkan masalah dan tidak perlu terlalu sentiasa membuat kemaskinian yang boleh mengakibatkan satu-satu sistem tidak mampu berjalan dengan baik.
Ramai juga perlu mengetahui bahawa Debian adalah satu-satunya distro utama yang berasaskan komuniti sepenuhnya. Setiap keluaran beserta aplikasi didalam Debian diuji sehingga ia benar-benar stabil. Banyak distro lain yang dikawal oleh entiti komersil, menjadikan hala tuju distro tersebut hanya menjurus kepada kemahuan pihak tertentu, bukan komuniti. Ini menjadikan nasib distro tersebut agak samar malah satu contoh terbaik ialah OpenSolaris yang akhirnya terpaksa ditamatkan pembangunannya akibat terjualnya SUN Microsystems kepada Oracle.
Beberapa fungsi dan aplikasi utama Debian 6 ialah Google Chrome, versi terkini KDE 4, dan juga GNOME 2.30. Satu lagi penambahan menarik ialah Debian telah menjadikan LibreOffice aplikasi lalai untuk suit pejabatnya. Bagi mereka yang berminat untuk mengunakan Debian 6, anda boleh muat turun sistem operasi ini dia laman rasmi mereka di http://www.debian.org/


February 21, 2011 at 5:02 pm
bro dah cuba ke? teringin juga nak cuba ni…
February 28, 2011 at 8:48 am
@mancai, ada try guna virtual jer… ok la jugak
February 26, 2011 at 12:27 pm
hoho, aku nak try gak la..
syahrilhafiz recently posted..15 Langkah Mudah Install Windows 7
February 28, 2011 at 8:49 am
@syahrilhafiz, bagus2,