Pertama sekali, entri pasal SystemRescueCd sebelum ini telahpun tiada sebab kemaskinian dan banyak entri yang telah hilang. Jadi, entri ni sekadar nak memperkenalkan semula apa dia SystemRescueCd.

SystemRescueCd merupakan gabungan kompilasi aplikasi Linux yang dimuatkan dalan satu fail ISO yang boleh di tulis pada CD atau DVD untuk membaiki serta memulihkan data jika kita mempunya masalah dengan sistem Linux – tetapi SystemRescueCd juga boleh digunakan untuk sistem operasi Windows.

Pelbagai utiliti yang terdapat dalam kompilasi ini, seperti diagnostik data serta cakera, pengurus partisi, serta sokongan terhadap pelbagai format sistem fail termasuk Btrfs dan EXT4. Versi terkini yang telah dilepaskan ialah versi 2.8.0 yang mana disertakan dengan pengurus desktop XFCE 4.8 juga merupakan versi terkini bagi XFCE.

Selain itu, jika anda ingin menjadikan SystemResccueCD in “portable” dan boleh dimuatkan kedalam USB, anda boleh melakukannya dengan muat turun fail ISO yang sama serta sedikit arahan mudah.

Jika korang berminat untuk mencuba SystemRescueCd 2.8.0 ini, korang boleh layari laman web rasmi mereka dan muat turun fail ISO yang telah disediakan – www.sysresccd.org