Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

error-command

Berhati-hati menggunakan arahan “rm” dalam terminal

| 10 Comments

Menggunakan arahan “rm” dalam terminal amat membantu untuk membuang/memadam fail yang tidak diperlukan lagi. Tetapi kadang kala ada fail yang sukar untuk dibuang kerana nama fail tersebut.

Satu contoh ialah bagaimana memadam fail yang mempunyai nama “-”. Jika anda melancarkan arahan “$ cat > – ” dan menulis beberapa teks diikuti dengan ^d, bagaimana fail “-” boleh dipadam? Caranya ialah

$ rm – -  -

Nilai “- -” membatalkan semua pilihan “rm”

Untuk membuang seluruh direktori pula, sebagai contoh direktori bernama “TEMP”. Gunakan arahan dibawah

$ rm -rf ./TEMP

Arahan ini akan memadam seluruh direktori “TEMP” termasuk sub-direktori dan fail yang terkandung didalamnya

JANGAN LAKUKAN INI

Arahan “rm” adalah sangat berkuasa sehingga ia mampu membuatkan sistem operasi Linux anda rosak sepenuhnya. Anda perlu memastikan arahan ini tidak dilaksanakan bagi mengelakkan masalah terhadap sistem operasi Linux anda.

$ rm -rf /*

Apabila arahan ini dilaksanakan, ia akan memadam seluruh direktori “root” dan fail-fail sistem. Dibawah ini merupakan contoh video apabila arahan tersebut dilaksanakan. Anda boleh melihat sistem operasi Linux ini mengalami masalah sedikit demi sedikit dan akhirnya crash….

Berhati-hati ya !

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

10 Comments

  1. avatar

    Bagus tutorial ni..thanks bro

  2. avatar

    ada cara nak guna command rm, tapi delete certain file dalam “/”..
    cth delete semua file *virus.conf dalam “/” termasuk dalam direktori sekali..

    dulu pernah tau ada orang buat, tapi tak ingat command tu..
    sufian recently posted..Cara Menguji – Memapar Monitor Dengan Menggunakan Laptop

  3. avatar

    taktik bunuh diri paling hensem

    ~ $ rm /
    Frantz-Senpai recently posted..Hari Jumaat- Trial and Error

  4. avatar

    bgus untuk remove file. pnh guna command ni buang virus yg smbunyi dlm attribute. hee
    acapz recently posted..Kemaskini WordPress Anda Ke Versi 301

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker