pfSense kini dengan versi 2.1

pfsense

Beberapa hari lepas, pfSense (satu dinding api sumber terbuka) telah melepaskan versi terkini mereka iaitu pfSense 2.1. Versi ini sememangnya satu versi yang amat ditunggu oleh pengguna yang telah mengaplikasikan IPV6 di dalam persekitaran rangkaian mereka kerana versi terbaru mempunyai sokongan penuh terhadap IPV6.

Versi 2.1 ini adalah berdasarkan FreeBSD 8.3 bersama kemaskinian pemacu kad rangkaian Atheros dan juga pemacu ixgb yang mana mampu menyokong 10G Ethernet dari Intel. Ia juga disertakan dengan OpenSSL 1.0.1e yang digunakan oleh OpenVPN, PHP, IPSec dan sebagainya. Versi PHP pula adalah 5.3.x dan juga berserta OpenVPN 2.3.x. Modul kernel mps and modul kernel ahci telahpun dimasukkkan. Dashboard dan GUi telah ditingkatkan dengan menukar paparan sedia ada dari Prototype kepada jQuery.Pembetulan HTML/XHTML juga dilakukan bagi meningkatkan “rendering” serta validasi yang membawa peningkatan kepada pengalaman pengguna.

Banyak lagi kemaskinian yang telah dilakukan pada versi 2.1 ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penambahbaik kepada pfSense, anda boleh layari blog mereka pada pautan berikut:

http://blog.pfsense.org/?p=712

pfSense juga telah melancarkan satu lagi servis yang dipanggil “Gold Subscription” yang mana pengguna boleh mendapatkan kelebihan istimewa seperti akses kepada AutoConfigBackup di mana sokongan awan kepada konfigurasi sehingga 10 hos. Disertakan juga akses kepada buku terkini buku pfSense yang dikemaskini dengan nota untuk pfSense 2.1 dengan tambahan sekitar 200 muka lagi.Pelanggan yang melanggan “Gold Subscription” juga boleh mendapat akses kepada online MeetUp. Mereka juga menyatakan banyak lagi kelebihan yang bakal tersedia untuk pelanggan dan jika anda ingin mengetahuinya, layari pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut

http://blog.pfsense.org/?p=718

Servis ini bernilai USD99.00 setahun bertujuan untuk memberikan kelebihan istimewa kepada ahli dan juga menyokong pembangunan projek sumber terbuka pfSense. Mereka berharap ini akan menjadikan program ini cukup bernilai kepada mereka yang melanggannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>