Sekitar penghujung tahun 2000, mungkin ramai yang mengetahui mengenai satu permainan dipanggil sebagai “Worms”. Ia menggunakan karektar ulat untuk berperang antara 2 kumpulan. Apa yang menarik pada masa itu ialah ia juga mampu dimainkan secara dalam rangkaian antara komputer – membuatkan jiran-jiran mengadu terhadap rumah bujang kami yg terlalu bising akibat bermain permainan ini….
Bagi mengembalikan nostalgia ini untuk pengguna Linux, anda boleh memasang satu permainan ala Worms ini dipanggil Hedgewars.
Hedgewars juga satu permainan tempur dalam bentuk 2D yang menggunakan Hedgehogs sebagai karektar pemain. Permainan ini boleh dimainkan secara solo atau pelbagai pemain (dalam talian mahupun rangkaian lokal). Ia juga mempunyai pakej peta atau pemain boleh membina sendiri peta pertarungan yang dimahukan. Secara amnya, Hedgewars mempunyai konfigurasi yang hampir setanding dengan Worm. Satu lagi kelebihan pernainan ini ialah ia mampu dimainkan dalam sistem operasi Windows.
Untuk memasang dalam Ubuntu, apa yang perlu ialah dengan membuka Ubuntu Software Center dan anda boleh membuat carian “hedgewars” seterusnya memasang permainan ini.
Pada saya, secara keseluruhanya, Hedgewars merupakan satu permainan yang mampu memberikan kelainan dan cukup hebat. Bagi mereka yang tidak lagi bujang, memang digalakkan bermain permainan Hedgewars bersama keluarga. Pasti meriah macam ada perayaan. Cubalah!





December 23, 2010 at 1:12 pm
Yang bestnya boleh main LAN. hehe. Memang kecoh 1 rumah.
Khidhir recently posted..Skype Mengalami Gangguan Teknikal
December 27, 2010 at 9:20 am
@Khidhir, yup. betul tu
December 23, 2010 at 7:20 pm
fuyoo mantap2
aku nak main..tq
syahrilhafiz recently posted..Blog Tergendala! Apa puncanya
December 27, 2010 at 9:20 am
@syahrilhafiz, buleh2, donload jer free.
December 27, 2010 at 1:21 am
menarik jer game nie… buat release tension kan.. hurm.. ala2 worm jugak nie.. aku tengok dia punya function weapon macam sama jer… aku tak tahu siot jer computer.. pakai bazooka jer.. mesti expert gila2 nyer… tipu siot..
zik recently posted..Keputusan terkini malaysia vs indonesia FINAL pertama di bukit jalil!!
December 27, 2010 at 9:21 am
@zik, memang mcm Worms pun game nih. Bazokaa tu den pun rasa diaorg maen tipu… wakaka
December 30, 2010 at 12:46 pm
perghhhh
best layan game ni
wazy recently posted..Senarai Jawatan Kosong Terkini