Sebab nak buat entri ialah untuk kemaskini blog yang dah lama ditinggalkan… huhu.
Kepada pengguna Mozilla Thunderbird, versi terkini telahpun dilepaskan kepada umum iaitu Thunderbird 5. Sepatutnya pelepasan terkini ialan versi 4.0 tetapi oleh kerana ingin meletakkan sebaris dengan Mozilla Firefox yang kini juga berada pada versi 5. Thunderbird 5 dikatakan lebih pantas serta effisien dengan penambahbaik pepijat sebanyak 300.
Bagi pengguna umum, tidak kisahlah anda menggunakan Linux, Windows ataupun Mac OS, anda boleh muat turun aplikasi pengurus email ini pada laman rasmi mereka di http://www.mozillamessaging.com/thunderbird/
Buat pengguna Ubuntu pula, seperti biasa anda boleh kemaskini perisian ini dengan menambah PPA kepada repositori anda dengan melarikan arahan dibawah ini.
sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/thunderbird-stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install thunderbird
Kongsikan pengalaman anda menggunakan Thunderbird 5…

