ProjectLibre merupakan satu perisian berasaskan sumber terbuka yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada Microsoft Project. Tujuan asal ProjectLibre ini adalah untuk menghasilkan pelayan yang boleh digunakan untuk pengurusan projek tetapi disebabkan amat kurang perisian pengurusan projek lebih lagi yang berasaskan sumber terbuka, maka ProjectLibre mengeluarkan perisian ini untuk pengguna desktop terlebih dahulu.

Kelebihan utama ProjectLibre adalah ia serasi dengan Microsoft Project, jadi pengguna tidak perlu risau untuk bertukar kepada perisian ini kerana ProjectLibre mampu untuk membuka dan edit fail yang berasaskan Microsoft Project. Satu lagi kelebihan ProjectLibre adalah ia mampu untuk eksport kepada format PDF secara terus tanpa perlu sebarang tambahan atau konfigurasi tertentu. Ini sememangnya memudahkan pengguna untuk berkongsi laporan projek dengan menggunakan email atau menggunakan perkhidmatan rangkaian awan sepert Ubuntu One atau Dropbox.

Sepertimana kebanyakkan perisian sumber terbuka yang lain, pengguna tidak lagi perlu risau berkaitan dengan perlesenan yang mesti dibeli jika menggunakan Microsoft Project. Ini pasti mampu menjimatkan kos operasi dan juga kurangnya kerenah untuk mengemaskini lesen yang ada. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau muat turun perisian ini, anda boleh layari laman web rasmi mereka : http://www.projectlibre.org/

ProjectLibre_Gantt

 

ProjectLibre dengan Carta Gantt

Sumber imej : http://www.projectlibre.org/