Penyegerakan atau juga synchronization boleh dilakukan dengan mudah menggunakan Grsync, satu aplikasi GUI sumber terbuka untuk rsync, digunakan untuk membuat sandaran terhadap direktori, data, serta fail. Rsync merupakan satu protokol/perkasas yang amat terkenal untuk membuat sandaran dalam Linux. Kelebihan rsync yang paling utama ialah ia multi-platform – boleh dilarikan di Windows, Max OS dan Linux.
Grsync amat mudah digunakan, hanya pilih direktori yang diinginkan dan destinasi yang sepatutnya. Ia juga boleh digunakan bersama Dropbox atau Ubuntu One.
Ciri-ciri utama dalam Grsync
Digunakan bersama pilihan rsync, tetapi pilihan lain boleh ditentukan dengan menukarnya menggunakan CLI
Memuatkan konfigurasi pelbagai dengan nama tersendiri (tiada had untuk sessi)
Boleh digunakan sebagai simulasi atau secara normal
Menangkap dan papar keluaran dengan mudah pada tetingkap tersendiri dan fail log
Menjelaskan bar kemajuan serta informasi lain
Paparan masalah pada tetingkap lain
Boleh menghentikan pelancaran rsync
Boleh import dan export sessi dalam fail, ini membolehkan konfigurasi dikongsi ramai
Apa yang paling penting, ia adalah percuma!
Cara memasang dalam Ubuntu adalah amat mudah, hanya perlu lancarkan Ubuntu Softwa Center dan buat carian Grsync dan pasang aplikasi ini.
Setelah anda memasang Grsync dalam Ubuntu, ia boleh dilarikan pada Applications > System > Grsync


August 10, 2010 at 10:11 am
wah boleh integrate dengan dropbox…
zik recently posted..Sms kreatif ramadhan
August 11, 2010 at 9:35 am
@zik, grsync boleh guna path dropbox untuk syncronize
. memang mudah nak bakup.
August 11, 2010 at 9:11 am
ST…
apa sebenarnya Grsync ni?
nak lajukan apa erk?
seepot seedot recently posted..Disk Image dan Penggunaan ISO
August 11, 2010 at 9:33 am
@seepot seedot, penyegerakan = sycronize. Ini untuk bolehkan syncronize data antara 2 tempat berbeza.
August 11, 2010 at 2:40 pm
huhuhuhu…. sedut jgan tak sedut kepantasannya yang terserlah… tq bro dah guna memang tak menghampakan…
August 12, 2010 at 8:51 am
@mancai, yup, memudahkan lagik
August 11, 2010 at 9:25 pm
mcm best. xpi xthu fungsi diew dngn detail. maybe nk cuba jgk dlu tngok. hee. tq bro
acapz recently posted..Salam Ramadhan – Widget Dan Perisian
August 12, 2010 at 8:52 am
@acapz, err.. ini untuk file syncronization jer