Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

vbox

Pengenalan Virtualbox

| 0 comments

merupakan satu perisian yang dibangunkan oleh Innotek, sebuah syarikat perisian dari Jerman. Kini diambil alih oleh Sun Microsystems sebagai sebahagian platform Sun xVM. I dipasang pada sistem operasi sedia ada bagi membolehkan pemasangan sistem operasi tambahan secara maya. Dengan perisian ini, setiap sistem operasi maya yang juga dipanggil Guest OS boleh dipacu secara bersama dengan persekitaran sistem operasi itu sendiri.

Perisian ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mencuba sistem operasi lain tanpa mengganggu sistem operasi sedia ada. Jadi, tidak perlu risau sebarang kemungkinan yang tidak diingini, seperti kehilangan data, kerosakkan pada sistem operasi atau terpaksa memformat komputer sedia ada.

Kelebihan utama VirtualBox

Pemasangan yang mudah: Pengguna tidak memerlukan kemahiran khusus untuk pemasang VirtualBox didalam sistem operasi.

Pelbagai platform: VirtualBox tersedia untuk semua sistem operasi utama – Windows, Linux dan Mac.

Percuma: Walaupun VirtualBox bukan perisian submer terbuka namun Sun Microsystems membenarkan ia digunakan tanpa sebarang bayaran.

Sandaran sepenuhnya: Dengan VirtualBox, sistem operasi yang dipasang dalam VirtualBox boleh disalin sepenuhnya dan diletak di sebarang mesin lain yang telah memasang VirtualBox malah platform lain seperti VM Player.

Cara Pemasangan:

Muat turun perisian VirtualBox DISINI dengan memilih sistem operasi yang anda gunakan. (pemasangan ini ditunjukkan bersama sistem operasi Windows)

Setelah perisian dimuat turun, lancarkan dengan klik pada tersebut. Paparan pemasangan akan muncul, klik “Next”

Bacalah perjanjian yang perlu diterima sebelum pemasangan dapat diteruskan. Klik “Next”

Konfigurasi umum VirtualBox akan dipaparkan, klik “Next” tanpa perlu sebarang perubahan.

Beberapa amaran akan terpapar semasa pemasangan, hanya perlu teruskan sahaja.

Hasilnya, anda telah memasang perisian ini didalam sistem operasi anda.

Anda telahpun bersedia untuk memasang sistem operasi tambahan dengan cara yang cukup mudah.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker