GIMP 2.8 telahpun dilepaskan beberapa bulan lepas, namun Ubuntu 12.04 mempunyai versi GIMP 2.6 secara lalai. Untuk mereka yang ingin mendapatkan versi terkini, ia cukup mudah dengan menambahkan PPA pada sistem anda. Tiada sebarang pengingkatan fungsi yg ketara pada versi GIMP 2.8 sebenarnya, kemaskinian ini adalah lebih kepada penambahbaik pepijat dan juga paparan antaramuka yang boleh diset menjadi satu tetingkap sahaja. Pelan utk menambahkan fungsi pada GIMP adalah untuk keluaran versi 2.10.

Untuk kemaskinian GIMP terkini (buat masa ini adalah GIMP 2.8.2) bagi Ubuntu 12.04 Precise Pangolin, kita boleh menambahkan PPA yang berikut.

sudo add-apt-repository ppa:otto-kesselgulasch/gimp
sudo apt-get update
sudo apt-get install gimp

Maklumat lanjut untuk muat turun pada distro Linux yang lain, boleh didapati diĀ http://www.gimp.org/downloads/