OpenShot adalah satu perisian percuma berasaskan sumber terbuka yang mana digunakan untuk edit video untuk sistem operasi Linux. OpenShot mampu mengedit video format definisi tinggi termasuk HDV dan AVCHD.

Versi stabil terkini OpenShot ialah versi 1.4.1 yang mempunyai ciri baru seperti animasi tajuk dalam 3D yang dipanggil “wireframe text” tetapi juga memerlukan perisian Blender 2.6x. Satu lagi ciri menarik yang didapati ialah kesan “fish-eye” yang mampun dijana dari video.

Laman rasmi OpenShot menyediakan repositori PPA untuk Ubuntu. Untuk memasang OpenShot pada Ubuntu anda, hanya perlu tapi arahan dibawah ini pada terminal.

sudo apt-add-repository ppa:jonoomph/openshot-edge
sudo apt-get update
sudo apt-get install openshot openshot-doc

Itu sahaja dan anda boleh cuba untuk menggunakannya.