Apa dia Gnome Nanny?

Gnome Nanny merupakan satu perisian dalam persekitaran desktop Gnome Linux yang membantu mengawal penggunaan sesebuah komputer terutamanya untuk kanak-kanak. Dengan menggunakan perisian ini, kita boleh menghadkan masa tertentu setiap hari bagi menggunakan internet, IM (Internet Messenger) atau berborak dalam talian malah penggunaan email. Jadual juga boleh dibina mengikut hari tertentu.

Gnome Nanny mampu menapis lama web yang dipaparkan mengikut pengguna komputer itu sendiri, jadi anda mampu menyekat laman web yang tidak diperlukan ( Facebook mungkin? ) dan membiarkan anak anda menggunakan internet tanpa perlu risau lagi.

Cara Memasang dalam Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat?

Dalam Ubuntu, perisian ini telahpun tersedia dalam repositori. Jadi apa yang perlu ialah dengan melancarkan Ubuntu Software Center dan membuat carian Gnome Nanny. Cukup mudah bukan?

Pautan : http://live.gnome.org/Nanny

Nota 1: Perisian ini juga mampu mengawal “bapa budak” juga sebenarnya :)