Sebelum ini saya ada menulis satu entri mengenai cara membina logo dalam GIMP (DISINI) dan ada tambahan untuk memasang Script-Fu untuk memudahkan lagi tugas ketika menghasilkan grafik. Mari kita lihat bagaimana memasang Script-Fu dalam perisian GIMP.
Terlebih dahulu apa yang dikatakan sebagai Script-Fu ?
Script-Fu boleh dikatakan sebagai “macro” dalam Windows, tetapi ia lebih berkuasa darinya. Scrip-Fu dibina beraasskan bahasa intrepeter yang bernama Scheme dan berfungsi dengan mendapatkan fungsi yang tersedia dalam GIMP. 2 sebab utama Script-Fu ialah
1. melakukan sesutatu tugasan dengan kerap
2. tugasan yang dilakukan agak sukar diingat.
Cara memasang Script Fu dalam GIMP
Untuk memasang Script-Fu cukup mudah, apa yang diperlukan ialah muat turun skrip yang diinginkan dari Internet atau yang tersedia dari laman web GIMP (DISNI).
1. Jika anda telah muat turun skrip yang diinginkan, letakkan fail tadi ke dalam direktori skrip yang tersedia dalam GIMP. Buka perisian GIMP dan pergi ke Preferences >> Folder >> Scripts. Anda boleh lihat direktori lalai bagi skrip tersebut.
2. Anda perlu “refresh” dengan navigasi ke Filters >> Script-Fu >> Refresh Script dan Menu GIMP. Sekarang skrip tadi akan muncul dalam salah satu menu GIMP anda. (Jika ada masalah, kemungkinan besar skrip yuang dimuat turun mempunyai masalaha seperti syntax)
Jadi, sekarang anda telahpun memasang Script-Fu yang diinginkan, jadi tunggu apa lagi? Selamat berimaginasi!
Jika anda mempunyai sebarang maklumat tambahan yang ingin dikongsi, bolehlah berikan komen dibawah atau bincangkanya dalam Komuniti Sumber Terbuka Dot Net.


September 27, 2010 at 11:00 am
dah pasang dulu2..hehe
agak susah jugak nak pasang awal tu..
syahrilhafiz recently posted..WiFi Public Tak Selamat
September 29, 2010 at 8:59 am
@syahrilhafiz, dah tau trick dia senang jer kan
September 28, 2010 at 1:45 am
cantik jer gambar gimp tuh…
zik recently posted..Selamat hari jadi google!
September 29, 2010 at 8:59 am
@zik, mekaseh.. biasa2 jer tu