LibreOffice merupakan suit produktiviti pejabat yang merupakan cabang dari OpenOffice.org. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LibreOffce, anda boleh layari artikel ini DISINI
Bagi pengguna Ubuntu, anda boleh memasang perisian ini dengan mudah, anda hanya perlu ikut arahan dibawah:
1) Muat turun perisian tersebut dari laman web ini – pastikan anda pilih perisian yang betul untuk sistem operasi anda. 32 bit atau 64 bit. Saya menggunakan LO_3.3.0-beta1_Linux_x86_install-deb_en-US.tar.gz sebagai contoh disini.
2) Ekstrak fail tersebut dan letakkan dalam direktori yang sesuai. Anda hanya perlu klik kanan pada fail tersebut dan ekstraknya.
3) Setelah itu, anda akan mempunyai direktori en-US. Gunakan arahan CLI untuk memasang semua fail .deb tersebut dengan mudah
sudo dpkg -i ~/tmp/en-US/DEBS/*.deb
* direktori ini adalah contoh sahaja
4) Akhir sekali, anda perlu membuat integrasi bersama desktop untuk menggunakan perisian tersebut. Larikan arahan dibawah pada terminal anda
sudo dpkg -i ~/tmp/en-US/DEBS/desktop-integration/libreoffice3.3-debian-menus_3.3-9526_all.deb
* direktori ini adalah contoh sahaja
Selamat mencuba!
Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dibawah atau bincangkannya pada Komuniti Sumber Terbuka Dot Net.


October 2, 2010 at 3:16 am
Ada perubahan tak dengan OpenOffice? Atau sama je?
Yang saya nampak, flashscreen dia tu dia kasi baru..
October 4, 2010 at 8:50 am
@Sophon, erm, sebenarnya sama jer buat masa ni, sebab kod sumber memang OpenOffice.org
October 2, 2010 at 12:26 pm
Emmm.. Jap lgi ak cba.. Office open source mmg terbaik.. cma org x reti gna jer..
http://www.gumuu.com/m/p/NTg1 << free video, music, pictures & music for download & upload, come on.. try now…
October 4, 2010 at 8:50 am
@kakashischool92, dah biasa pakai nanti ok gak kan
October 3, 2010 at 8:20 pm
Best..Semoga Open Office terus membangun
Khidhir recently posted..Gmail Priority Inbox – Menyusun Email Mengikut Keutamaan Secara Automatik
October 4, 2010 at 8:51 am
@Khidhir, betul tu
October 4, 2010 at 9:26 am
step no 4 tu memang kena buat ke kalau nak install apa2?
kalau install guna cara universe bleh (apt-get install)?
October 4, 2010 at 9:36 am
@sufian, itu khas untuk libreoffice buat masa ni untuk intergrasi dengan desktop. jap lagi saya buat satu entri untuk update repositori dan install terus guna apt-get
Pingback: Memasang LibreOffice dalam Ubuntu menggunakan Repositori | Sumber Terbuka Dot Net
October 4, 2010 at 10:41 am
oh sama je la..interface dia cantik lagi kot..
ingat nak cuba pas ni..upgrade..hehe
p/s http://goo.gl/9JGz
syahrilhafiz recently posted..Ciri ciri seorang Geek
October 5, 2010 at 8:44 am
@syahrilhafiz, lepas upgrade ubuntu mungkin mmg automatik dah gunakan LibreOffice kot.