Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

libreoffice

Memasang LibreOffice dalam Ubuntu menggunakan Repositori

| 6 Comments

Apa khabar semua?

Sebelum ini saya ada menulis satu entri mengenai cara Memasang LibreOffice pada Ubuntu anda – tetapi ini merupakan satu pemasangan secara terus tanpa menggunakan repositori. Jadi, jika anda ingin memasang dengan menggunakan arahan sahaja, kita perlu mengemaskini repositori untuk mendapatkan aplikasi tersebut.

Cara ini cukup mudah tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh membuatkan repositori Ubuntuk tidak stabil ( LibreOffice merupakan versi beta ) dan hanya sesuai untuk komputer yang menggukann i386 atau dikenali dengan sistem 32 bit.

Mari lihat bagaimana menambah repositori tersebut dan memasang LibreOffice mengikut tatacara dibawah:

1) Buka terminal arahan anda dan taipkan arahan dibawah:

1
echo 'deb http://download.tuxfamily.org/gericom/libreoffice /' | sudo tee - /etc/apt/sources.list
1
sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 890E7A26

2) Kemudian, kemaskini Ubuntu anda

1
sudo apt-get update

dan diikuti dengan arahan berikut

1
sudo apt-get install libreoffice3

Itu sahaja yang diperlukan untuk memasang LibreOffice dengan repositori yang telah dikemaskini. Selamat Mencuba!

Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dibawah atau bincangkannya pada Komuniti Sumber Terbuka Dot Net.

Pautan rujukan: http://download.tuxfamily.org/gericom/README.html

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

6 Comments

  1. avatar

    yeah itu dia.penerangan dari sifu u buntu…
    zik recently posted..Selamat menyambut peperiksaan PMR 2010!

  2. Pingback: LibreOffice Cabang Kepada OpenOffice | syafiq.net

  3. avatar

    Masih belum berkesempatan untuk mencuba..huh, habis exam byk bnde nak cuba..
    Khidhir recently posted..Upgrade Ubuntu anda kepada Ubuntu 1010

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker