Rasanya, memang ramai mengetahui mengenai VirtualBox yang mana merupakan salah satu hos bagi mesin virtualisasi. KVM juga merupakan satu lagi hos bagi mesin virtualisasi yang membolehkan kita melarikan mesin lain secara maya. Untuk melarikan KVM, perkara pertama yang perlu ialah pemproses yang boleh menyokong virtualisasi perkakasan. Untuk melihat sama ada pemproses anda sesuai dengan KVM ialah dengan menaip arahan dibawah ini

egrep -c ‘(vmx|svm)’ /proc/cpuinfo

Jika output ialah “0″ ini bermakna pemproses tidak dapat menyokong virtualisasi dan jika “1″ ia mampu tetapi perlu pastikan kebolehan ini telah dibenrakan melalui BIOS anda.

Pemasangan KVM pada Ubuntu anda

Beberapa pakej diperlukan untuk melarikan KVM pada pelayan atau PC anda. (Pemasangan ini adalah untuk Ubuntu 10.04 dan keatas)

$ sudo apt-get install qemu-kvm libvirt-bin ubuntu-vm-builder bridge-utils

Bagi memudahkan pengurusan KVM, apa yang perlu ialah memasang Virtual Machine Manager dan anda boleh membuat konfigurasi yang perlu dengan mengunakan antara muka grafik. Walaupun begitu, KVM juga boleh diurus menggunakan CLI. Untuk memasang Virtual Machine Manager, anda hanya perlu taipkan arahan ini

sudo apt-get install virt-manager

Selamat Mencuba.